Sehari hari lagi majlis kahwin Hajar dan Hafzal akan berlangsung. Namun, Hajar masih tekun menyiapkan tugasannya di pejabat. Sedaya-upaya dia mahu menyiapkan tugasan itu sebelum dia pulang ke kampung.
Bukan tak ada yang menelefonnya dan menyuruh Hajar menangguh dahulu tugasan itu. Namun, Hajar perlu menyiapkan tugas itu sebelum dia pulang ke kampung. Ini arahan daripada majikannya. Bagaimana lagi dia mahu menolak?
Bulan sudah bertapa di langit. Jam sudah menunjukkan pukul 10:00 malam. Bangunan pejabatnya berkemungkinan sudah kosong dengan pekerja. Hanya Hajar yang masih bersengkang mata menyiapkan tugas bagai tidak kisah akan hari esoknya. Bagai kerjanya akan hilang jika dia menangguhkan tugasan itu.
"Finally! Siap juga." Hajar melepaskan nafas berat sebelum tubuhnya disandarkan ke kerusi. Penat yang terasa bukan kepalang.
Hajar memandang jam di tangan. "Sepuluh setengah? Sempat ke nak packing barang? I have to go now!"
Sepantas kilat Hajar mencapai tas tangan dan briefcasenya sebelum keluar dari bangunan itu. Mungkin sempat untuk dia tiba di kampung atau mungkin lambat dari waktu sepatutnya.
*****
Hajar mencampak bagasi dan segala begnya ke tempat duduk belakang. Baju pengantinnya diletakkan kemas di tempat duduk sebelah pemandu. Cermin matanya disarung laju. Pintu rumah dikatup rapat. Kasutnya disarung dengan tergesa-gesa. Enjin kereta dihidupkan sebelum menekan pedal minyak keluar dari perkarangan rumah. Pagar kembali dikunci sebelum dia kembali masuk ke dalam perut kereta dan memecut laju.Entah bagaimana dia boleh terlelap semalam semasa sudah selesai mengemas barang dan mandi. Niatnya mahu terus pulang ke kampung kerana hari ini dia bakal diijab kabulkan bersama Hafzal. Namun, matnya sungguh berat sehingga dia terlelap kerana terlalu oenat mungkin.
Mujurlah Hafzal menelefonnya jam empat pagi tadi untuk bertanyakan khabar. Bagai nak rak dia mandi dan bersiap demi mengejar masa. Sudahlah perjalanan dari Kuala Lumpur ke kampungnya mengambil masa lima jam. Entah sempat atau tidak untuk dia sampai sebelum jam sembilan setengah.
Dring! Dring!
"Ha? Apa lagi?" Hajar menjawab panggilan dengan keadaan tergesa-gesa.
"Kau balik tak ni? Kau jangan nak batalkan. Kerja gila tau." Hafzal mendengus kasar di hujung talian.
"Aku on the way. Kenapalah kau tak gerak aku awal. Kau tahu tak jauh nak sampai sana. Entah sempat ke tak aku nak pakai baju apa semua." Hajar seakan mahu menangis.
Sejujurnya dia tidak boleh berada di situasi begini. Sungguh dia rasa tertekan. Kekangan masa bagai menghimpit dirinya. Sesak fikirannya kini.
"Relax! Kau bawa slow-slow je. Jangan laju sangat, bahaya Hajar. Aku akan lanjutkan masa. Ingat, jangan laju." Pesan Hafzal sebelum mematikan panggilan.
*****
"Macam mana?" Soal Puan Sarlina sebaik Hafzal memasukkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar.Seluruh ahli keluarga sudah hilang punca. Risau majlis yang dirancang tidak menjadi. Celah mana pula mahu cari pengantin perempuan nanti.
"Dia mata dia on the way. Lupa pula nak tanya ada dekat mana." Hafzal menggaru pelipis kepala.
"Alhamdulillah." Serentak.
"Tapi, Jai rasa kena lanjut masa akad sikit. Hajar kata dia tak tahu la sempat ke tak nak tukar baju semua. Hafzal rasa, kita lanjutkan dalam setengah jam. Boleh?"
"Jai telefon la tok kadi. Kalau dia boleh tunggu, Alhamdulillah."
Hafzal mengangguk perlahan.
*****
"Ada ke tidak pengantin perempuan ni?" Soal Tok Kadi yang turut gelisah."InsyaAllah ada. Dia lambat sikit sebab dari Kuala Lumpur. Sekejap lagi dia sampai kot." Balas Puan Sarlina yang turut risau akan anaknya.
YOU ARE READING
BUKAN CINTA PAKSA
RomanceHajar Malisa binti Daud, will you marry me? -Waiz Azham I can't -Hajar Malisa Melepaskan si dia yang sudah bersama selama lima tahun kerna berubah arah mahu menjaga hati sendiri pula setelah bertahun-tahun tersakiti dan dicurangi bukanlah sesuatu ya...