"Kau bila balik?" Sapa Hafzal sebaik melabuhkam duduk di sisi Hajar yang sibuk menonton televisyen.
Memandangkan, ramai ahli keluarga yang sudah pulang, rumah itu menjadi agak sunyi tanpa suara riuh-rendah anak-anak kecil. Hafzal pula tak henti menganggu Hajar. Ada sahaja yang dia mahu berbual bersama Hajar.
"Kau tak tahu ke yang aku ni dah bosan tengok muka kau? Aku pergi sana muka kau. Pergi sini pun muka kau." Hajar menghela nafas panjang.
"Kau tak boleh nak bosan tengok muka aku. Hujung bulan depan aku ni dah jadi suami kau." Hafzal menjongket kening.
Ya, hujung bulan depan. Tarikh ini dipilih oleh Hajar dan dipersetujui oleh semua orang semasa ahli keluarga mereka berkumpul malam semalam. Hajar bukan gelojoh tetapi, di hari lain belum tentu dia ada masa. Tambahan, dia akan bekerja di luar kawasan buat sementara waktu nanti. Baginya, biarlah ia selesai secepat mungkin daripada dia perlu memikirkan hal itu sepanjang tempoh menunggu.
Hajar hanya meminta majlis yang sederhana. Nikah dan bertunang di hari yang sama. Kenduri pula hanya dibuat secara kecil-kecilan selepas akad nikah. Itu semua adalah perancangan Hajar. Semuanya dia yang tentukan. Hajar tak mahu terlalu gah. Risau runtuh gunung harapan orang lain pula.
Hafzal hanya bersetuju dan mengikut sahaja kehendak Hajar. Dia tahu Hajar tidak sukakan perkahwinan yang dirancang keluarga. Sejak kecil lagi Hajar mengimpikan untuk berkahwin dengan pilihan hatinya. Namun, nasi sudah menjadi bubur. Masa tak mampu diulang. Jika ya keputusannya, tidak di esok hari tiada guna lagi.
"Kau ready dah ke? Kau kerja pun tak ada. Macam mana kau nak tanggung aku? Tak akan aku nak tanggung kau?" Hajar mematikan televisyen.
"Next week aku ada interview dekat syarikat kawan aku. Kau jangan risau. Aku tahu apa tanggungjawab aku." Hafzal tersenyum.
"Bagus la tu."
Dring! Dring!
Telefon pintar Hajar yang berada di atas meja menjerit minta diangkat. Nama Waiz tertera. Makin tak berselera Hajar mahu jawab. Dibiar sahaja telefon itu berdering.
"Kau nak aku angkat atau kau nak angkat?" Hafzal mula bengang dengan bunyi telefon pintar Hajar yang membingitkan itu.
Hajar akur. Panggilan dijawab. Sepatah suara pun Hajar tak keluarkan.
"Hajar, I'm so sorry. Please, I rayu dekat you. I tak akan curang dengan you dah. Kita kahwin okay?"
"You nak suruh I cakap bahasa apa lagi? I dah penat tau dengan pujuk rayu you ni. I dah penat dengan lakonan you tu. We're done Waiz. I dengan you dah tak ada apa-apa."
"Tapi, I dah berubah. Kahwin dengan I please. I janji I tak akan lukakan hati you."
"Waiz, hear carefully. I dah tak ada langsung perasaan dekat you. I memang tak nak kahwin dengan you and I dah penat dengan ayat you yang bersemut tu. Done is done. By hook or by crook, I nak you lupakan I."
Lantas panggilan dimatikan. Hajar memeluk tubuh. Wajahnya ditunduk lalu disembunyikan. Entah mengapa apa yang dia lafazkan tidak sama seperti yang termaktub di hati. Dia masih sayangkan Waiz. Masih tak mampu melupakan jejaka itu. Semuanya bukan mudah. Waiz juga pernah berbuat baik kepadanya. Mana mungkin semudah ABC untuk dia melupakan Waiz begitu sahaja.
"Are you crying?" Soal Hafzal yang cuba mencari wajah Hajar.
"Kenapa susah sangat aku nak lupakan dia?" Esakannya mula kedengaran.
"Hajar, kau jadi macam ni sebab kau pandang yang belakang. Kau pandang yang dah lepas. Cuba kau pandang depan. Kau fikirkan keluarga kau. Masa depan kau. Percayalah cakap aku. Walaupun kau lupakan dia, kalau ada jodoh, Allah pertemukan balik. Memang tak senang, tapi you have to try." Hafzal cuba menenangkan Hajar.
YOU ARE READING
BUKAN CINTA PAKSA
RomanceHajar Malisa binti Daud, will you marry me? -Waiz Azham I can't -Hajar Malisa Melepaskan si dia yang sudah bersama selama lima tahun kerna berubah arah mahu menjaga hati sendiri pula setelah bertahun-tahun tersakiti dan dicurangi bukanlah sesuatu ya...