Bab 4

1.7K 90 5
                                    

"Uhuhuh"termengah-mengah mereka berdua berlari sebentar tadi.

Ben sedikit hairan melihat mereka dua berlari ke sini sambil terjerit-jerit.Sah mereka memang sakit mental atau yg lebih tepat gila.

"Korang asal ni.Kalau ye pun nak main kejar-kejar tunggulah jap lagi"marah Ben

"Ni bukan main kejar-kejar ngok.Tadi tu kitorang berlari kau faham tak b.e.r.l.a.r.i" Harvey menyebut satu-persatu perkataan tersebut.

"Entah kau.Lari dengan kejar pun tak dapat beza.Kau nampak ke muka kitorang ni macam apa sebelum ke sini"Max berasa geram dengan Ben.Boleh dia kata main kejar-kejar.Dia dengan Max bukan main pucat lagi tadi.

Ben hanya mengulingkan bebola matanya keatas tanda apa-apa jerlah.

"Hah asal korang lari macam nampak hantu"Ben akhirnya menanyakan soalan.Malas dia mahu bertengkar dengan mereka berdua ni.

Max menceritakan apa yg terjadi dari A hingga ke Z.

10 minute later

"Apalagi terus kitaorang larilah" akhirnya selesai juga bicara max yg panjang lebar noh.

Dan harvey hanya menganguk-angukkan sahaja seperti burung berlatuk.

Ben mengeluh.Macam-macam jerlah diorang dua ni.Baru tinggalkan berapa minit dah macam ni.Tapi dia percaya apa yg dikata oleh Max sebentar tadi.Takkanlah diorang nak menipu kan sebab dia lihat Max terangkan tadi pun dah berpeluh-peluh diikuti mukanya yg jelas pucat sedikit.Lagipun ni hospital gila memang banyak pun org camtu.

"Korang ni ada-ada jerlah.Dahlah jom balik"arah Ben.

"Haih tadi kata nak lawat orang"Harvey bertanya.

"Tak jadi.Dia tengah berehat so doktor tak benarkan sesiapa menganggu"Tipu Ben.Dia ingatkan nak letak jap diorang kat sini biar bagi betul sikit otak diorang tu.Tapi dia kesian pulak melihat mereka seperti ketakutan sebentar tadi so dia batalkan saja niat dia itu.

"Ooo.Ok jom balik"Max dan harvey melangkah keluar untuk menuju ke tempat parking kereta mereka.

Ben hanya mengikut langkah mereka dari belakang.Dia menghembus nafas lega kerana penipuaannya berjaya kalau tak mesti mereka bertanya banyak soalan kepadanya.

--------------------------------------
Sementara di Istana Floris milik keluarga Rain pulak.

"Assalamualaikum"Rain memberi salam setelah melangkah masuk ke istana itu.

"Walaikumusalam"Jawab Queen Bella.

"Hah balik pun kamu.Ingatkan nak stay sana terus jer"perli Queen Bella.

"Alah mama ni, mana ada"Rain mencebik.

"Dah-dah tak payah buat muka tapai basi kamu tu.Pergi masuk bilik sana.Mandi lepastu solat.Dah siap turun makan malam nanti.Harini abang dengan kakak kamu ada semuanya"Ujar Queen Bella.

"Baiklah mamaku yg tercinta,tercantik,tersayang dan segala terlah"Rain mengusik mamanya itu.

"Hish kamu nikan ada-ada jerlah.Dah pergi sana"Queen Bella mencengkak pinggangnya sambil menggeleng.

"Baiklah ma"Rain terus pergi ke biliknya untuk bersiap.

60 minute later

Rain melangkah turun ke meja makan setelah selesai mandi dan solat.

"Assalamulaikum wahai ahli kubur sekalian"Rain memberi salam lalu duduk di depan abangnya.Ye abangnya.Malam ni kesemua keluarganya ada,nak dikatakan lengkaplah.

Prince and Princess MafiaWhere stories live. Discover now