Sebuah kereta BMW berhenti di
depan pintu pagar sekolah . Sebelah pintu kiri bahagian belakang dibuka dan keluar susuk tubuh seseorang dari perut kereta tersebut.Kedengaran jeritan2 histeria dari pelajar2 perempuan sebaik sahaja dia melangkah masuk sekolah. Dah macam artis pula dia ni . Dengan jeritan pelajar perempuan,dengan cahaya flash kamera telefon dan dengan mata-mata yang memerhati.
Kalah kumpulan idol popular Korea. Rasanya dia boleh lulus kalau nak jadi artis. Tengok mulalah. Sekali tengok terus lulus.
"Kim Taehyung!"panggil seseorang membuatkan si dia bernama Kim Taehyung itu berpaling ke arah tuan punya suara tu. Tak payah teka suara siapa .
Siapa lagi kalau bukan chingu baiknya, Park Jimin . "Jimin," sebut Taehyung tanpa nada suara atau tanya. Hanya sebut selamba saja. Jimin berlari ke arah Taehyung lantas menepuk bahu chingu baiknya itu.
"Awal kau harini?"soal Jimin dengan sengihannya . "Emmo aku yang paksa aku bangun awal . Leceh lah..." rungut Taehyung malas . "Haha! Macam aku tak kenal kau .
Kau kadang2 selalu suka datang lewat," gelak Jimin. "Hurm,datang awal pun buat apa? Baca buku? Memang taklah," Taehyung juling mata ke atas.
Jimin pun geleng kepala kesal . "Kau ni pemalas betul LA. Tempat kelas nombor satu. Otak pandai . Tapi perangai pemalas. Aish..."bidas Jimin sambil mencebik . Seketika Taehyung tersengih.
"Kau jealous sebab aku hot," "Eh, takde maknalah aku nak jealous bagai ni. Daripada aku jadi macam kau , baik aku jadi suam . Lagi satu perkara hot tak sesuai dengan kau. Kau lebih sesuai cold sebab kau dingin nak mampus," tempelak Jimin sambil sambil buat muka menyampah .
Taehyung terus gelak melihat reaksi Jimin.
"Kaja ,kita lepak kat tempat biasa ," ajak Taehyung. "Okey ,kaja!"jawab Jimin mengikut saja.Jisoo melepaskan satu keluhan berat sebaik sahaja sampai ke kelasnya . Jisoo menarik nafas mengumpul kekuatan sebelum menarik pintu kelas.
"Haha,Jisoo. Kamu datang lambat lagi . Tak tau kali ni sudah kali keberapa kamu datang lambat ke sekolah? Malam2 kamu buat apa ? Pergi clubbing?" sindir cikgu Jiyoung dengan riak tenang kali ini.
Berbeza dengan sebelumnya cikgu Jiyoung selalu melenting dan menjerkah ke arahnya. Berangkali sudah penat ingin menasihati Jisoo yang selalu datang lambat ke sekolah.
Manakala Jisoo hanya diam sambil menundukkan kepala ke lantai. Dia menelan saja saja sindiran cikgu Jiyoung itu. Kalau dia menjawab , nanti orang kata kurang ajar .
Tapi kalau dia diam , orang tetap pandang salah. Sungguh dunia ni tak adil. "Saya minta maaf,cikgu," hanya ayat itu yang mampu keluar dari mulut Jisoo.
Sebenarnya bukan dia sengaja pun nak datang lambat ke sekolah. Dia selalu datang lambat ke sekolah pun gara-gara ibu tiri dan kakak tirinya. Suruh buat itu,buat ni sampai dia sendiri yang lambat .
Bas sekolah awal-awal lagi dah bye bila jam pukul 7.15 pagi . Nak dapat teksi satu hal. Susah nak cari! Terpaksa dia berjalan kaki dari rumah ke sekolahnya yang memakan masa setengah jam. Dahlah jauh. Nak tercabut segala skru lutut kakinya
"Enough! Kamu akan didenda! Cikgu nak kamu bersihkan toilet tingkat 3 termasuk toilet manja! Faham?!" cikgu Jiyoung sudah mengeluarkan arahan untuk mendenda Jisoo.
Jisoo terkejut . Nak bersihkan tandas dia tak kisah,tapi takkanlah tandas lelaki pun dia nak kena bersihkan? Naya dia kalau bertembung dengan pelajar lelaki!
"Ta...tapi cikgu..."
"Takde tapi2! Pergi buat sekarang!" jerkah cikgu Jiyoung tegas. Nak tak nak,terpaksa Jisoo menurut arahan cikgu Jiyoung.
YOU ARE READING
[Hiatus]The Beauty Heart Of Cinderella
FanfictionKisah cintanya seperti kisah si Cinderella . Kisah Cinderella abad ke 21. Adakah kisahnya akan berakhir bahagia seperti kisah Cinderella yang sebenar. Blackpink Jisoo - Kim Jisoo BTS Taehyung - Kim Taehyung Start : 16/12/2019 End :