TBHOC-3

250 24 0
                                    

Selepas selesai membersihkan ruang2 jamban satu persatu siap pakai pencuci tandas dan sembur pewangi lagi , Jisoo mengemop lantai . Dengan cekap dan pantas Jisoo mengemop lantai sebelum ada pelajar lelaki masuk ke dalam tandas ni. "Done! Haha, barulah bersih tandas ni. Akhirnya! Masa untuk..." Krek! Jisloo terkejut apabila mendengar bunyi pintu tandas ditarik dari luar .

Perlahan Jisoo menoleh ke belakang dan terkejut melihat seorang lelaki kacak masuk ke dalam tandas dan terkejut melihat Jisoo . Pandangan mata lelaki itu dingin. Mereka berdua bertentang mata seketika. Krik...krik... senyap. Entah dari mana datang bunyi cengkerik tu pun tak tahu . Muka Jisoo terkedu. "Err...sa-saya ..." belum sempat Jisoo nak bercakap , tiba-tiba terdengar suara2 sayup lelaki lelaki dari luar tandas . Jisoo semakin risau kerana suara2 tu menuju ke tandas ni.

Habislah Jisoo kalau kalau lelaki2 kat luar sana tu masuk ke sini. Mesti sebulan dia tak datang sekolah sebab menanggung malu . Tiba2 lelaki kacak mata dingin itu menarik Jisoo masuk ke dalam stor yang ada di dalam tandas. Jisoo agak terkejut apabila lelaki mata dingin itu menariknya masuk ke sini. Lelaki itu menutup pintu rapat.
"Wae awak tarik saya masuk si..."
"Shah! Baik kau diam kalau tak nak aku cium kau"! bisik lelaki itu dengan suara keras . Pandangan dingin dan tajamnya membuat Jisoo terkedu. Akhirnya Jisoo mengikut katanya iaitu diam. Haraplah lelaki ini tidak mengapa-apakannya.

"Yah, Jaeyoon! Aku dengar kau dah break dengan SinB," kedengaran suara lelaki lain masuk ke dalam tandas ini. Barulah Jisoo faham kenapa lelaki kacak mata dingin itu menariknya masuk ke sini. Dia tak nak pelajar2 lelaki lain tahu Jisoo ada dalam tandas ini. Untuk itu Jisoo berterima kasih kepada lelaki kacak mata dingin ini. "Haah. Dia sendiri yang nak break . Aku tak kisah la. Lagipun ada banyak lagi lah yeoja lain kat luar sana. Berlambak. Kalau boleh 100 orang yeoja dalam dunia ni aku boleh kebas," ujar lelaki bernama Jaeyoon dengan bongkak.

"Eh , Jaeyoon! Bersihlah jamban2 kat sini! Wangi!" kata lelaki pertama tadi. "Betullah Youngbin! Woah! Barulah selesa aku nak buang air . Takde lah aku kena tahan bau dan tengok najis entah siapa punya," balas Mark kagum. Manakala Jisoo diam-diam sudah senyum bangga. Korang patut berterima kasih dekat Jisoo sebab dia yang bersihkan tandas ni. "Cleaner manalah yang sanggup bersihkan tandas ni? Mesti rajin. Boleh lah aku mintak dia kerja kat rumah aku tu," tambah Youngbin membuatkan Jisoo yang mendengar mula sakit hati. Suka hati mamat tu je nak mintak cleaner ni kerja kat rumah dia. Dahlah kat rumah sendiri pun dia dilayan macam orang gaji. Belah la!

"Kaja,kita pergi," ajak Jaeyoon. Kedengaran bunyi pintu tandas ditutup rapat . Lelaki kacak mata dingin itu membuka pintu sedikit dan memerhati sekeliling . Tiada orang! Lantas lelaki kacak itu pintu luas dan keluar. Jisoo turut keluar dari stor. "Aku periksa kat luar . Kalau takde orang aku panggil kau," lelaki kacak itu pergi ke pintu tandas dan membuka sedikit. Lelaki itu memerhati keadaan di luar . Setelah itu, lelaki itu menoleh ke arah Jisoo yang berada di belakangnya. "Orang takde kat luar. Kau boleh keluar sekarang," beritahu lelaki kacak itu. Jisoo mengangguk kepala faham lalu mengambil baldi dan batang mop sebelum berlalu ke pintu . Apabila melalui itu di depan pintu , "Gomawo sebab protect saya dari ternampak namja2 tadi," ucap Jisoo sambil tersenyum . Namun lelaki itu hanya diam sambil tenung Jisoo. Jisoo tidak syak apa-apa lalu terus beredar dari situ.

😘😘😘
Bab3 selesai

[Hiatus]The Beauty Heart Of CinderellaWhere stories live. Discover now