rain°°1

1.5K 111 81
                                    

Alam dewa dewi ,tahun ketujuh Cleopatra









Lluvia Jung menatap bebola kristal yang berada didepannya, rambutnya diramas kasar sebelum mendengus geram. Bebola kristal itu ditilik sebanyak mungkin

"Macam mana boleh jadi macam ni?!"

Kawasan barat dunia manusia yang dipaparkan di dalam bebola kristal itu membuatkan hatinya tak tenteram

Dia tidak mengarahkan dewa bawahan untuk menurunkan hujan macam mana hujan boleh turun?!

Pintu biliknya dikuak seseorang, tanpa menunggu jawapan darinya makhluk itu masuk tanpa izin

"Boleh terangkan kenapa tiba tiba hujan hm?" Iris mata biru itu memandang tajam anak buahnya

Wajah Raja Zeus didepannya dipandang sekilas sebelum dia bangun dan menunduk kepada raja tersebut

"Aku minta maaf Haurae tapi aku tak tahu macam mana hujan boleh turun macam tu je"

"Cari sebab dia sampai dapat! Kau boleh ditendang kedunia manusia kalau hujan di sebelah barat tak lagi dibawah pengawasan kau!"

"B-baik!"

Langit di sebelah barat dikawal olehnya manakala langit langit disebelah lain pula dikawal oleh dewa lain. Raja Zeus pula mengawal keseluruhan langit yang berada di alam manusia

Jejaka itu mendengus geram dan mula terbang keluar menuju ke istana Hecate mencari jawapan




































"Apa masalah aku Dinae? Gyukim?"

Jejaka itu mundar mandir didalam bilik besar itu menunggu keputusan darahnya yang baru diambil oleh dewi Hecate tersebut

"Darah kau takda masalah cuma- hm"

Gadis itu mengecilkan matanya, darah Lluvia yang dicampurkan kedalam serbuk magis tadi ditilik sekali lagi

"Dalam darah kau ada darah manusia, maksudnya hati korang bersatu. Gadis, ya darah ni darah seorang gadis"

"Macam mana kau tahu dia seorang gadis?" Suara Lluvia Jung sedikit meninggi, geram mungkin.

"Berdasarkan darah ni, dia seorang anak dara suci yang belum disentuh sesiapa, bau darahnya harum bermaksud dia masih anak dara"

"Macam mana aku nak tahu ni darah siapa di kalangan manusia?"

Gyukim dan Dinae memandang sesama lain dan kembali memandang dewa tanpan di depan mereka

"Hm kau boleh minta izin dari Raja Haurae dan menginap di dunia manusia untuk sebulan dua kan? Haurae Jung mesti benarkan lagi pun kau nak cari sebab kenapa kuasa kau berubah ubah, bila dah jumpa. Kau padamkanlah ingatan sesiapa yang nampak kau atau kenal kau dalam masa sebulan dua tu"

Gyukim memberikan cadangan sambil memandang kearah Lluvia Jung

"Kami akan tolong kau untuk cari gadis tu, dan ciri ciri gadis tu macam mana. Janganlah risau"

Lluvia Jung menganggukkan kepalanya, langkah dituju keluar daripada istana Hecate. Destinasi seterusnya adalah kamar rajanya sendiri.




































"Aku benarkan kau turun kedunia manusia , tapi kau kena tanggung diri kau sendiri. Makan minum kesemuanya sendiri. Kuasa kau juga akan ditarik sampailah kau tahu siapa yang kawal hujan selamani. Aku akan perhatikan kau dari atas"

Lluvia Jung berfikir sejenak sebelum mengangguk menerima segala benda yang bakal dihadapinya nanti

"Aku terima"

Haurae Jung sang raja kepada dewa Zeus itu mengangguk anggukkan kepala sebelum bibirnya menutur sesuatu

"Ha ingat, jangan terjatuh cinta dengan mana mana manusia. Aku taknak bertanggungjawab"

"Baiklah Haurae"

Lluvia menutup matanya sebelum dirinya rebah keatas lantai selepas dibacakan beberapa mentera oleh Haurae Jung














Tbc.

Aku taknak sekolah doe. Asal kena sekolah doe. Sekolah ni terok doe.



























(C) RAIN |JJK|Where stories live. Discover now