rain°°6

595 74 19
                                    

Banyak mata mata yang memandang ke arah Lluvia Jung dan Kang Dishae. Mereka berdua berjalan keluar dari kolej, memandangkan kelas sudah habis.

Kejadian pagi tadi masih segar dalam ingatan. Puas hati gadis itu apabila melihat musuh ketatnya diperlaku sebegitu

"Kau, mari sini" sedang elok Dishae berangan, tangannya direntap oleh seseorang

"Apa kau nak Baek?" Tangannya cuba ditarik dari genggaman lelaki takguna itu, malas mahu menatap wajah Baekhyun

"Lepas" Lluvia Jung menarik tangan Dishae dari genggaman Baekhyun, iris matanya menatap iris hitam jejaka dihadapannya

"Who is this? Your fake boyfriend? Takkanlah muka buruk macam kau boleh senang senang je kan dapat bf baru, heh" Baekhyun memandang Dishae yang berada dihadapannya bibirnya menarik senyuman sinis

Tetapi senyumannya tidak lama apabila Lluvia mula menumbuk muka jejaka itu

"Nama aku Jeon Jungkook, bakal suami dia. Ada masalah?" Baekhyun jatuh terduduk ,darah yang mengalir dibibir di kesat sedikit

Pelajar pelajar lain mula menumpukan perhatian kepada mereka bertiga,ada yang merakam dan ada juga yang membuat andaian sendiri, hm dasar makcik bawang!

Dishae sudah memegang tangan Lluvia, takut dia mengapa apakan Baekhyun lagi. Kalau ikutkan hati, dia biarkan saja Lluvia memukul jejaka itu, tapi dia masih waras

"Kau bagi dia harapan, pastu kau tinggalkan dia. Bila dia ada lelaki lain, kau kacau dia. Heh, oh inilah yang orang panggil lelaki sampah tu kan?" Lluvia Jung tersengih sinis

"Janganlah kacau dia, dia hak aku. Kepunyaan aku, kau ada awek baru kan?" Lluvia menarik tangan Dishae keluar dari perkarangan kolej, mata mata yang memandang mereka berdua tidak dihiraukannya

Baekhyun pula merengus geram, tidak membalas apa apa dan mula melangkah pergi dari kawasan itu













"Thankyou" Kang Dishae berterima kasih kepada Lluvia kerana telah menyelamatkannya dari maki hamun Baekhyun

"Alah benda kecik je, nanti kalau dia kacau kau lagi, kau bagitahu aku terus" Lluvia Jung menggosok kepala gadis itu, bibirnya menarik senyuman manis

"Terimakasih sangat sangat, kalau kau takde mungkin sekarang aku masih kena buli" Kang Dishae melangkah menaiki tangga bersama sama Lluvia Jung yang berada disisi

"Kan aku dah kata benda kecik je. Mulai sekarang aku akan jaga kau, okay?" Lluvia memandang Dishae yang berdiri dihadapannya

Airmata gadis itu mengalir perlahan, semenjak ibu bapanya meninggal dunia tidak ada sesiapa yang mengambil berat sebegini

Walaupun dia masih mempunyai abang, tapi Taehyun sibuk bekerja dan kadang kadang dirinya terasa diabai.

Dia hanya menepis segala fikiran buruk dan hidup seperti biasa. Dia tahu Taehyun telah bekerja keras untuk menyara hidup mereka berdua

"Eh eh asal kau nangis, jangan ar aku tak bersalah" Lluvia Jung gelabah mengesat airmata gadis itu

"Tak ada apalah, aku cuma terharu" Kang Dishae menepis lembut tangan Lluvia, bibirnya tergelak kecil melihat muka gelabah jejaka dihadapannya

"Ish kau ni buat aku risau je, ha apa katalahkan kau tolong masakkan aku nasi goreng. Nampaklah adil sikit, hehe"

"Ish! Tak ikhlas!" Baru sahaja gadis itu mengangkat tangan ingin memukulnya, Lluvia Jung sudah pecut masuk kebilik.

Jejaka itu menutup pintu bilik dibiarkan Kang Dishae membebel bebel seorang diri diluar, bibirnya menguntum sebuah senyuman.

Tetapi senyumannya mati apabila matanya melihat ke arah luar rumah

"DISHAE! ANGKAT KAIN WOI HUJAN PANAS!"


















Tbc

Kenapa math ni lagi susah dari addmath?

Kau bunouh jelawr akueeee

Votelah gais, aku penat penat hapdate







(C) RAIN |JJK|Where stories live. Discover now