Dunia manusia,1/9/2018
Seorang gadis berdiri di tepi pantai. Dia berasa tenang buat seketika walaupun hatinya masih sakit terkenang apa yang berlaku semalam.
Kekasihnya meninggalkannya atas alasan dia sudah bosan. Betullah kata orang, bercinta dizaman muda ini sampah je belaka
Gadis itu senyap sambil melayan perasaan ikutkan hati mau saja dia terjun ke dalam pantai itu biar mati kelemasan mengikut jejak langkah ibu bapanya, tetapi dia masih fikir akan perasaan abangnya yang pasti akan bersedih
Sedang elok gadis itu melayan perasaan, telinganya tertangkap jeritan seorang lelaki. Cepat cepat kepalanya menoleh mencari dari mana datangnya suara itu
Dia melihat seorang jejaka terdampar diatas pasir, badannya tidak berbaju hanya berseluar putih. Kepalanya dipenuhi darah
Disebabkan hari masih awal pagi, jadi hanya dia dan jejaka itu sahaja yang berada di pantai
Kakinya melangkah kearah jejaka itu, pipinya ditepuk tepuk sedikit
"Weh weh"
Jap, takkan dia kena buat cpr?
Gadis itu menepis fikiran kotornya, tapak tangannya diletakkan diatas dada lelaki itu dan ditekan beberapa kali. Secara tak rela , sigadis itu menyatukan mulutnya dengan jejaka tadi dan mula membuat cpr
"Uhuk, tolong"
Jejaka tadi memegang lengan milik gadis itu, mengharapkan bantuan. Gadis itu laju saja mendail nombor seseorang
"Abang tolong adik!"
Gadis tadi membalut perlahan lahan kepala jejaka itu, mahu ke hospital terlalu jauh
"Dishae, abang nak keluar kejap. Tutup pintu rumah tau. Ke adik nak ikut sekali?"
Sebenarnya, abangnya pun tidak percaya apabila adiknya tinggal bersama orang asing dirumah mereka
"Adik okeylah, adik pandai jaga diri. Abang pergilah keluar. Nanti kalau lelaki ni bangun apa pula jadi, kan lagi susah"
"Hm okey"
Si abang mengalah, kakinya melangkah keluar rumah. Kalau di ajak juga adiknya itu bukannya adiknya mahu ikut. Keras kepala betul.
Kang Dishae, gadis tinggi lampai berambut hitam lurus. Hidup dengan abangnya Kang Taehyun selepas kematian kedua ibu bapanya
Selepas kematian kedua ibu bapanya Dishae dan Taehyun berpindah rumah dan sekolah. Kematian ibu bapa mereka sangat tragis sampai si gadis itu tidak keluar dari biliknya selama sebulan
Jadi si abang ambil keputusan untuk berpindah dari kediaman lama mereka, bertujuan supaya gadis itu melupakan tentang ibu bapa mereka dan jalani hidupan baharu.
Tetapi, lain pula jadi apabila adiknya itu bercinta dengan salah seorang jejaka yang sama kolej dengan adiknya dan sekarang jejaka itu sudah meninggalkan gadis itu
Kalau dibenarkan tuhan untuk membunuh jejaka itu, sudah lama dia buat, tetapi dia masih waras dan hanya memberi amaran kepada jejaka itu supaya tidak lagi mengganggu adiknya
Kang Dishae sudah melalui banyak perkara teruk dan sekarang biarlah gadis itu merehatkan dirinya dari mana mana manusia. Si dia terseksa melihat keadaan adiknya itu
Tetapi , kehadiran lelaki asing sebentar tadi membuatkan hatinya risau.
Tbc.
AKU TAK NAK SEKOLAH LAH aaaaaaaa
![](https://img.wattpad.com/cover/208779693-288-k371023.jpg)
YOU ARE READING
(C) RAIN |JJK|
Fantasykau ingat ni fairy fairy ke, aku boleh kawal hujan? karut! Started: 26/12/2019 Ended:21/1/2020