Kang Dishae memperbetulkan ikatan rambutnya, kasut converse disarung ke kaki.
"Urm Dishae, nak pergi mana?"
"Aku nak pergi jumpa kawan kejap, tolong tengokkan rumah tau" gadis itu tergopoh gopoh berlari keluar dari rumahnya
"Oh okay"
Lluvia Jung hanya mengangguk, sudah hampir 2 minggu dia duduk bersama dua beradik itu, abangnya Kang Taehyun tiada dirumah kerana ada penerbangan ke Kanada. Jadi gadis itu hanya tinggal berdua dengannya
Kang Taehyun bekerja sebagai pilot jadi tak peliklah bila dia selalu tiada dirumah.
Walaupun hampir 2 minggu berada di rumah gadis itu, jejaka itu langsung tidak dapat petunjuk hujan dikawal oleh siapa dan kadang kadang, dia merasa usaha dia turun ke dunia manusia hanyalah sia sia.
Kang Dishae pov
Aku berlari kerumah Stephanie, hanya selang beberapa blok dari rumah aku. Pagi tadi dia ada cakap yang dia hendak menyiapkan assignmentnya bersama aku. Tapi aku terbangun lambat dan terlewat kerumah dia
Ting tong~~~
"Asal kau lambat?! Eish aku dah nak siap dah. Kau baru nak datang. Nasib baik kawan kalau tak aku sekeh kepala kau tahu tak!"
"Ala rileklah Steph! Aku baru lambat 2 jam, bukan 20 jam pun. Ketepi semuanya aku nak masuk"
Stephanie menggulingkan biji matanya, kalau bukan kawan, audah lama dia menyiku kepala gadis itu biar benjol terus.
Dua jam tu lama tahu tak, bukannya sekejap
"Asal kau lambat?"
"Eheeeee, aku tadi layan abangtan aku hueheue. Pastu aku tidurlah kejap tak sangka sampai 2 jam" Kang Dishae tersengih sengih seperti kerang busuk
Dasar melayu
Tapi ni korea?
"Ha Dishae, kau kata nak cerita kat aku sesuatu? Apa dia?"
Stephanie Park menarik kerusi lebih kearah meja belajarnya, kerusinya tadi sudah di conquer oleh rakan hanatnya itu
"Aaaaaa" Dishae berfikir sejenak sebelum memulakan bicara, patutkah dia beri tahu tentang jejaka yang tinggal serumah dengannya?
Takpayahlah kan?
"- takde pape, cuma abang aku dah bertolak ke Kanada hujung minggu lepas"
"Oh kau nak suruh aku teman kau ke?" Mata Stephanie sudah bersinar sinar apabila rakannya itu menyatakan seolah olah membenarkan dia bermalam dirumah gadis itu
"Tak" Kang Dishae menjawab selamba tanpa sebarang reaksi
Pak
Kepala Dishae dilepuk oleh buku rujukan chemistry milik Stephanie
"Bangsat punya perempuan, mati mati aku ingat kau nak ajak aku bermalam. Aku luku kau ni saja je kang"
Gadis itu hanya tersengih sengih
Kang Dishae berjalan masuk kedalam rumahnya, air matanya mengalir perlahan. Badannya yang basah lencun dek kerana hujan dibiarkan
Kakinya mendaki satu persatu anak tangga naik ke atas
"Dishae?"
Gadis itu menoleh ke belakang melihat Lluvia yang berjalan kearahnya
"Kau okay ke tak" Luuvia Jung mendekati gadis itu rambut yang menutupi wajahnya diselak kebelakang, jelas terlihat wajahnya yang kelihatan sembab akibat menangis
Gadis itu menggeleng perlahan. Tanpa izin, pinggangnya dirangkul oleh Lluvia dan jejaka itu memapahnya masuk kedalam bilik
"Kau tukarlah baju dulu,aku ambilkan sup" Lluvia Jung menutup pintu bilik gadis itu. Kakinya melangkah turun kebawah mengambil sup yang dibuatnya tadi
Walaupun dia tertukar kuali dan periuk alhamdulillah sup dia menjadi. Berkat ajaran pakcik google
Jejaka itu melangkah kearah bilik gadis itu, pintu bilik Dishae diketuk beberapa kali sebelum jejaka itu melangkah masuk.
Takut takut dapat free show en manatahu, nasib baiklah gadis itu sudah memakai baju
"Nah makanlah sikit kau nampak letih" nasi dan sup diletakkan diatas meja belajar gadis itu
Dishae hanya mengangguk anggukkan kepalanya
"Kau kalau ada masalah, boleh cerita dekat aku"
Jeda. Ayat Lluvia dibiarkan sepi tanpa apa apa jawapan. Jejaka itu melangkah keluar dari bilik Dishae mungkin dia perlu bersendiriankan?
"Jung, tunggu" Dishae menarik tangan Lluvia sebelum dia sempat keluar dari bilik gadis itu.
"Ada sesuatu yang aku nak cerita, kau boleh dengarkan?"
"Tentulah" Jejaka itu tersenyum manis dan masuk semula kedalam bilik Kang Dishae
Tbc
Aku ngantuk sia ambil akaun ni, doakanlah aku rajin duhmak
YOU ARE READING
(C) RAIN |JJK|
Fantasykau ingat ni fairy fairy ke, aku boleh kawal hujan? karut! Started: 26/12/2019 Ended:21/1/2020