rain°°9

680 75 17
                                        

Lluvia Jung melangkah kearah Kang Dishae yang sedang nyenyak tidur.

Tubuhnya perlahan lahan dibaringkan disebelah gadis itu sambil menatap wajah mulus gadis dihadapannya

Air matanya mengalir perlahan, teringat kata kata Haurae sebentar tadi

"Maafkan aku lluvia, tapi kau terpaksa korbankan gadis kesayangan kau atau kau dan keluarga kau sekali akan dibuang dari alam dewa dewi. Aku tak dapat nak tolong"

Tangannya diangkat menyentuh wajah gadis dihadapannya, memori dimana saat pertama dia bertemu dengan gadis ini menerjah ke fikirannya

"Tolong a-aku"

"Nama kau siapa?"

"Aku kat mana?"

"Aku saja nak sapa abang kau"

"Ni rumah Jeon Jungkook ke?"

"Kau okay tak? Tak nak cerita dekat aku?"

"Then daftarkan aku ke kolej tu"

"Dia hak aku"

"Dia kepunyaan aku"

"Aku jaga kau okay"

"Nak kiss"

"Meh sini aku kiss kau"

"Goodnight mimpikan aku"



S

atu persatu ingatannya bersama gadis itu dikenang semula, hatinya meronta untuk melepaskan gadis itu. Biarlah kesemua derita ditanggungnya sendiri, tetapi apabila melibatkan keluarga, jejaka itu tidak mampu berbuat apa apa

"Eh Jungkook, apa kau buat dekat sini?" Kang Dishae mengesat ngesat matanya

"I miss you" hanya itu yang boleh diungkapkan

"Kau ni kena sampuk ke?"

"Urm not" Lluvia memandang kearah jam yang berada didinding, hanya ada 10 minit sahaja lagi, jika dia tidak menikam gadis itu, keluarga akan dihalau dari alam dewa dewi

"Urm Dishae, tolong jangan pertikaikan apa yang aku suruh buat okay? Aku buat bersebab dan aku nak kau tahu yang aku sayangkan kau sangat sangat" Lluvia Jung memandang gadis dihadapannya, matanya berkaca kaca menahan air mata

"O-okay, hish kenapa ni?" Dishae mengerutkan dahi keadaan bilik yang gelap menyukarkannya untuk melihat wajah Lluvia dengan jelas

"Nama aku bukan Jeon Jungkook, tapi nama aku Lluvia Jung. Sekarang aku nak kau cakap yang kau cintakan aku boleh tak Dishae"

"A-aku cinta-kan kau, Lluvia Jung" Kang Dishae tergagap gagap apabila mendengar getaran suara Lluvia, jelas sekali jejaka itu sedang menangis

"Ya macam tulah, aku juga cintakan kau Kang Dishae dan aku nak kau tahu, apa yang aku buat ni bersebab. Aku sayang kau sangat sangat Kang Dishae" Lluvia Jung menarik kepala gadis itu ,bibirnya menghentam bibir Kang Dishae biarlah baki 3 minit itu dihabiskan sebaiknya bersama gadis kesayangannya itu

Kang Dishae terkaku, lama kelamaan gadis itu membalas ciuman itu kembali, tetapi seperti ada sesuatu yang menghalangnya

"Aku minta maaf Dishae" Lluvia Jung melepaskan ciuman , airmatanya mengalir laju

Darah yang keluar membuak dari mulut Dishae dipandang sayu. Selimut ditolak ketepi oleh Dishae, dirinya terkejut saat melihat pisau besar ditikam tepat di dadanya

Lagi menyakitkan, dadanya ditikam oleh jejaka yang dicintainya sendiri

"Aku sayangkan kau sayang, aku terpaksa. Aku minta maaf"

Gadis itu diam, hanya mulutnya sahaja yang bergerak gerak membalas kata kata cinta jejaka itu. Walaupun perit, dia yakin Lluvia Jung buat kerana sebab sebab tertentu

"Aku sayangkan kau juga Lluvia Jung"












~ Completed ~



(C) RAIN |JJK|Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang