Chapter 12

415 30 0
                                    

"Love is an irresistible desire to be irresistibly desired."

Sebaik sahaja saya sampai di rumah, cepat-cepat saya masuk ke dalam dan terus kunci pintu. Sempat juga saya silik di tepi tingkap, manatau Roger ada ikut saya pulang. Kadang-kadang bukan bole jangka juga tindakan Roger tu. Perlahan saya tarik nafas sambil bersandar di pintu, masi segar lagi di fikiran saya tentang apa yang Roger bilang tadi.

"Onong, sebenarnya saya nda pernah kahwin dengan Erniewise. Yess, our family had planned the marriage. But both of us memang nda pernah setuju dengan perkahwinan kami . Cuma Erniewise lebih berani bertindak berbanding saya. That's why she chooses to runaway and married with her boyfriend Kenny."

Saya menampar pipi berulangkali, berharap apa yang terjadi tadi cuma mimpi. Tapi itu nda mungkin terjadi, sebab realiti dan kebenaran yang saya harus hadapi sekarang, Roger nda pernah berkahwin dengan Erniewise.

Wake up Manda. Roger is single now. You should be happy.

Saya tersenyum memikirkan hakikat itu. Tapi bila wajah Ethan muncul, senyuman saya hilang serta merta. Damn you Manda, you are belong to Ethan now. Stop thinking about Roger.

"Arrrgghhhhhhhhhhhhh." Kenapa baru sekarang ba Roger? Ethan, I need you now. Saya cuba dail nombor Ethan, tapi voice mail pula handphone dia.

Telefon saya dari tadi nda berhenti berdering. Balik-balik lagu Jennie Solo yang berkumandang di dalam rumah saya. Bila saya tinguk, puluhan panggilan yang tidak dijawab daripada Roger. Ada juga beberapa panggilan dari Aurelia. Tetapi kedua-dua panggilan dari Roger mau pun Aurelia saya nda jawab. Saya kasi biar saja sampai telefon nda berbunyi lagi. Kalau saya jawab pun, bikin mood saya bertambah spoil.

Jika betul Roger nda pernah berkahwin dengan Erniewise, kenapa baru sekarang dia mengaku dan mencari saya? Itupun selepas bertahun-tahun Roger pergi dari hidup saya. Kalaulah Roger muncul lebih awal, mungkin Zia akan lebih gembira dengan kehadiran dia. Tetapi kerana sikap Roger yang terus berdiam diri tanpa bertindak, Zia telah membesar tanpa kasih sayang sejati seorang bapa. Walaupun Abang Jayson telah menjadi pengganti Roger sebagai bapa kepada Zia, tetapi saya masi rasa nda lengkap untuk Zia.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Saya nda sedar bila saya tertidur semalam. Pagi ini bila saya bangun, kepala saya terasa sangat berat. Saya berpusing dan mengambil telefon yang terletak di sebelah kiri meja tidur. Bila saya tinguk jam suda pukul 10 pagi, bergegas saya turun dari katil. Maigad, lambat suda saya turun kerja. Harap-haraplah Mr Gabriel nda mencari saya, sebab hari ini ada report saya perlu hantar dengan dia.

Dalam saya bersiap mau turun kerja, sempat juga saya hantar mesej dengan Aurelia tadi. Bagitau yang saya lambat masuk ofis. Nasib baik dia nda banyak bunyi. Bukan saya nda tau kalau Aurelia, kadang-kadang terlampau protective. Walaupun dia muda dari saya, tetapi hubungan kami sangat rapat, pendek kata seperti adik beradik.

Ting Tong! Ting Tong!

Bunyi loceng pintu yang ditekan berulang kali sedikit mengganggu saya yang tengah bersiap. Nda kan Roxy yang datang? Sebab masi saya ingat lagi yang Roxy bilang dia ke Australia minggu ini. So, mustahil dia yang berada di depan pintu sekarang. Lagipun dia ada bawa kunci juga. Bila saya dengar loceng berbunyi sekali lagi, terus saya segera turun ke bawah untuk membuka pintu. Saya cuba intip dari tepi tingkap, namun teda kelihatan sesiapa di luar. Tangan kiri saya perlahan-lahan membuka pintu, dan kemudian bila ternampak Roger yang berdiri di depan pintu memang bikin saya terkejut.

"Apa ko buat di sini?" Saya berundur ke belakang sedikit. Macam mana pula dia tau di sini adalah rumah saya? Bikin curiga pula.

"Seperti yang ko nampak, saya datang melawat pekerja kesayangan." Roger tersenyum sambil menghulurkan sejambak bunga tulip ungu.

JANJI TARANG BULAN (COMPLETED)Where stories live. Discover now