"Love is a battle, love is a war, love is a growing up."
Begini la pula kalau hidup bujang kan, memang nda banyak mau buat. Habis kerja balik rumah terus makan, tinguk movie terus tidur. Tanda-tanda suda tua kaitu? Hahaha. Tidak juga terlampau tua, baru 29 tahun umur saya tahun ini. Teringat pula yang doktor kasitau masa saya buat medical check up hari tu.
"Kamu tidak terlalu tua. Tidak juga terlalu muda. Umur kamu sedang-sedang saja." Apa ko rasa bila doktor bilang begitu? 🙄🙄
Sekarang saya tinggal berdua bersama dengan adik saya Roxy. Parents kami sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Bukan kami teda saudara mara, tetapi saya prefer untuk hidup berdikari bersama dengan Roxy.
Keluarga kami memang tidak kaya tapi cukup-cukup makan orang bilang. Harta peninggalan yang ada terutamanya duit EPF daddy, lebih daripada cukup untuk menyara hidup kami dua beradik. Bahkan, kami juga turut menggunakan duit tersebut untuk menyambung pelajaran.
Buat masa sekarang saya masi single but not available. Masi setia di posisi sambil menunggu boyfriend saya si Andy untuk masuk meminang. 🤭
Kali pertama saya berkenalan dengan Andy sewaktu menghadiri majlis perkahwinan kawan yang sama kolej dengan saya. Dari yang gurau-gurau biasa terus bertukar nombor telefon sampai la kami declares untuk menjadi pasangan kekasih.
Mungkin bagi sesetengah orang, perhubungan kami berlaku terlalu cepat. Tapi kenapa tidak saya bagi peluang sama Andy sebab saya sendiri merasa selesa bila bersama dengan dia. Paling saya suka sama si Andy ni bila melihat piuk dia. Bikin melting tinguk kalau dia senyum. Yaaiii. Muka dia kalau sekali pandang ada juga iras-iras wajah GD Big Bang. Ekekekkeee...naaa...macam mana laitu kamu tidak jatuh hati kan. 😌
Saya segera mengambil telefon bimbit yang terletak di tepi meja dan terus mendail nombor Andy. Hrmmm. Tapi balik-balik juga voice mail yang masuk.
"Harap maaf. Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila dail sebentar lagi." Begitulah jawapan kekasih gelap Andy. Choiii. Cepat-cepat saya tapap mulut.
Setelah beberapa kali mencuba, masi juga operator yang menyahut panggilan saya. Adeii, ini yang bikin lemah semangat sebab bole kemurungan nda bercakap sama Andy. 🙄🙄 Terus hilang mood saya yang penuh motivasi hari ini. Kemudian saya menghantar mesej kepada Andy. Harap-harap la dia nampak mesej saya yang tengah merindui dia setengah mati.
📩Me: Dear, I'm kind of miss you already. Where have you been? Can you give me a call? 😍😍
Mesej yang saya hantar telah diterima dan seen blue tick, tapi teda pula Andy reply. Aikk, hairan juga sebab tadi voice mail bila saya called dia. 🤔Biarlah Andy sana, bikin gerigitan pula dengan gaya dia sekarang. Bagus lagi saya layan smule dari sakit hati sendiri. Paling-paling pun reda juga hati saya bila menyanyi. Saya nda juga la bilang suara merdu, tapi kalau setakat lagu Adele tu memang biasa saya bawa bila pigi karaoke. Tapuji!! 😋😋
🌼🌼🌼🌼🌼🌼
Akhirnya sampai juga hari yang saya tunggu-tunggu dari minggu lepas. Saya dengan childhood friend aka BFF suda berjanji untuk tinguk wayang di 1 Borneo. Siapa lagi kalau bukan ging karas saya si Dhonna dan Sandy.
Lama suda kami berjanji mau jumpa kan, tapi malar ada aral melintang sebab masing-masing sibuk. Ini pun baru dapat berjumpa setelah berbulan merancang. Padahal nda jauh juga rumah kami di antara satu sama lain, cuma berbeza kawasan perumahan saja.
Saya fikir bagus juga kalau dapat meluangkan masa bersama dengan durang sebelum saya mula bekerja di tempat baru nanti. Isnin depan baitu saya mesti melapor diri. Astaga. Sekejap saja masa berlalu selepas saya menghadiri temuduga pada 2 bulan yang lepas.
YOU ARE READING
JANJI TARANG BULAN (COMPLETED)
عاطفيةISBN: 978-967-18330-0-1 Cerita Janji Tarang Bulan telah pun dibukukan dan mempunyai ISBN. Oleh itu, dilarang sama sekali untuk meniru cerita ini di dalam bentuk apa pun. Sinopsis: Amanda Rachel dan Roger Arthur melakarkan pahit manis kisah cinta m...