"Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage."
♥️Flashback Continue♥️
Selepas jobless for few months, akhirnya saya dapat juga kerja sebagai seorang guru ganti. Biarpun ini bukan kerjaya yang saya minat, tapi tetap bersyukur daripada saya terus menganggur. Ada juga duit poket sementara mau tunggu convocation nanti. Sekurang-kurangnya ada juga kenangan saya sewaktu belajar biarpun setakat diploma sahaja. Paling penting, kurang suda rasa sakit telinga dengan sindiran orang.
Mangkali durang ingat saya sengaja nda mau kerja, sampai ada yang bilang sia-sia saya belajar tinggi. Padahal bukan durang nampak juga usaha saya menghantar resume untuk mendapatkan pekerjaan. Saya pun kalau bole nda juga mau menghabiskan beras di rumah, tapi apa bole buat. Belum ada rezeki saya lagi untuk mendapat kerja.
Roger dengan saya masi lagi keep in touch walaupun kami sama-sama busy. Baru saya tau, bercinta jarak jauh ni tidak la semudah yang disangka. Tambah lagi saya ni cepat jealous dengan Roger. Haippp..siapa tidak risau kalau ko punya boyfriend species hot stuff in town. Hazel pula dari dulu lagi nda berputus asa untuk memisahkan saya dari Roger. Panjang akal pula dia, malar mengganggu hubungan saya dan Roger. Pernah juga saya kasitau Roger tentang perangai Hazel yang selalu mengugut sehingga pada satu tahap saya ingin membuat report polis. Tapi Roger melarang kerana ingin memberi peluang kepada Hazel untuk berubah. Biarpun sehingga kini masi lagi saya nda nampak perubahan daripada dia. Haishh...selamat ko Hazel, belum ko kenal lagi siapa saya.
Setelah lama kami berjauhan, finally kami berjumpa juga seperti yang dirancangkan. Perasaan gete saya membuak-buak apabila melihat Roger pada malam ini. I can feel yang dia betul-betul charming. Hahahaa. Normal baitu kan bila berjumpa sama boyfriend kita. Roger as usual pakai serba hitam. Minat betul dia dengan warna ni. Saya cuma pakai off shoulder dress colour biru. Paling saya suka sebab Roger yang akan dinner kami pada malam ini biarpun simple sahaja hidangan yang dia sediakan. Saya agak terkejut bila Roger masak lagi sedap daripada saya, nda sangka ba dia ada hidden talent. Kalau saya pula, yang penting bole makan. Sedap atau tidak, itu kira belakang. Double surprise apabila Roger bilang dinner ini sempena belated birthday untuk saya. Mau juga celebrate biarpun hari jadi saya pada 2 bulan lepas, padahal saya nda juga kisah pasal itu.
"Onong, nanti kita tinguk movie okay." Bilang Roger sebaik sahaja kami selesai dinner. Rupa-rupanya Roger masi ingat juga yang saya suka menonton movie.
"Movie apa?" Tanya saya sambil tangan sibuk mencuci pinggan.
"50 Shades. Ko mau?" Roger tersenyum sinis memandang saya.
"Eihhh. Buduh. Ko teda movie lain meh?" Silaka ba Roger mau bawa tinguk movie bikin jiwa bergelora.
"Teda. Movie iut baru saya banyak stok." Suara Roger mendatar apabila bercakap dengan saya. Kenapa baini dengan dia? Sedangkan tadi macam okay saja.
"Serius bah!" Cis, bikin sakit hati gaya dia. Kebimbangan pula saya kalau nda sempat tinguk movie 50 Shades sampai habis. Nda pasal-pasal saya jadi si Anna manakala Roger pula jadi si Christian.
"Kita tinguk Frozen saja la kalau begitu." Roger seakan-akan merajuk dengan saya.
"Dear menguluk saya kaini?" Tanya saya nda puas hati. Siuk ba kalau Frozen tapi bikin malu juga kalau tinguk dengan dia.
"Nda ba. Saya bawa tinguk 50 Shades, tapi Dear nda mau. Jadi kita tinguk la Frozen."
"Peduli la ko sana. Saya mau tinguk Dracula Untold."
"50 Shades."
"Dracula Untold. Peyisssshhhhhh." Saya memujuk Roger sambil buat muka kasian.
"Ishh. Punya lama movie yang dipilih. Kejap, saya cari dulu. Tapi sejak bila Dear suka movie dracula?" Bilang Roger mengalah.
YOU ARE READING
JANJI TARANG BULAN (COMPLETED)
RomantizmISBN: 978-967-18330-0-1 Cerita Janji Tarang Bulan telah pun dibukukan dan mempunyai ISBN. Oleh itu, dilarang sama sekali untuk meniru cerita ini di dalam bentuk apa pun. Sinopsis: Amanda Rachel dan Roger Arthur melakarkan pahit manis kisah cinta m...