Chapter 21

785 62 18
                                    

"Love isn't something you find. Love is something that finds you."


"Huh?! Dear nda dapat datang untuk fitting baju bisuk? Jadi takkan saya saturang mau pigi fitting di sana?" Tanya saya dengan rasa terkejut.

Bikin gerigitan bila Roger kasitau yang dia nda dapat datang untuk fitting baju kahwin kami.

"Ada juga Roxy sama Ethan untuk kasi kawan Dear bisuk kan?" Selamba debilang dengan saya. Memang la ada durang dua nanti tapi nda sama baitu dengan kehadiran Roger. Saya cuma berdiam diri apabila mendengar kata-kata Roger.

"By hook or by crook Dear mesti ada di Black-Tie Wedding bisuk. Saya nda peduli macam mana atau bagaimana. Kalau masi teda juga saya nampak bayang-bayang Dear, saya nda akan teragak-agak untuk menukar pengantin lelaki. Pilihan ada di tangan Dear. Lagipun ada juga si Ethan untuk ganti tempat Dear. Jangan berani main-main dengan saya." Bilang saya separuh mengugut.

Kepanasan pula saya dengan gaya Roger. Mentang-mentang suda dapat saya, terus dia take granted dengan semua perkara. Sedangkan dia yang beria-ia memilih tarikh untuk final fitting baju. Tinguk-tinguk debilang ada kerja last minute yang mesti diselesaikan.

"Haishh, jangan Dear berani mau buat macam tu kalau nda mau kena cium. Iya bah, saya direct pigi sana la selepas selesai meeting bisuk." Bilang Roger mengalah membuatkan saya tersenyum lebar.

Bukan saya nda tau yang Uncle Harold memang suda bagi pelepasan cuti untuk Roger. Memandangkan majlis perkahwinan kami tinggal lagi satu minggu, mesti banyak perkara yang ingin diselesaikan. Cuma Roger yang berdegil mau juga attend meeting, padahal Kakak Marion bole tolong menggantikan dia sekejap. Kunun dia nda trust orang untuk buat kerja dia, biarpun kakak sendiri.

Masi segar lagi kejadian 2 bulan lepas bila semua rahsia terbongkar hanya dalam 1 malam. Saya rasa seperti nda percaya dengan perkara yang suda berlaku. Tapi saya sangat bersyukur bila Roger dan keluarga dia menerima Zia.

Bahkan saya nda menyangka yang Uncle Harold sanggup datang sendiri untuk meminta maaf dengan saya. Sekurang-kurangnya dia telah tahu kebenaran yang sebenarnya. Apabila keluarga Roger berjumpa dengan Zia buat kali pertama, memang terlopong mulut durang melihat Zia. Doppelganger durang bilang apabila terlampau sama dengan wajah Valerie . Apa lagi saya mau cakap, memang sah Zia adalah anak Roger.

Saya tetap berkeras untuk melakukan DNA test biarpun durang bilang nda payah. Sebab saya nda mau ada spekulasi tentang Zia lagi selepas ini di kalangan saudara mara dan rakan-rakan keluarga Roger. Sekurang-kurangnya dengan bukti ini, teda siapa yang akan mempersoalkan status Zia.

Aunty Alayna pula bertegas supaya saya dan Roger melangsungkan perkahwinan secepat mungkin. Kalau ikutkan dia, memang dalam minggu itu juga kami kena suruh pigi JPN untuk daftar perkahwinan. Debilang nda bagus kalau kasi biar lama-lama. Nasib baiklah ada durang kakak Roger yang bilang jangan rushing untuk menguruskan hal berkahwin.

Roger suda juga berjumpa dengan Abang Jayson untuk berbincang tentang hal Zia. Abang Jayson dengan rela hati mengizinkan kami untuk terus mengambil Zia, memandangkan Roger dan saya akan berkahwin nanti. Tapi Roger nda sampai hati tinguk Zia terus kena ambil dari Abang Jayson. Roger bilang, biarlah kami bergilir-gilir untuk menjaga Zia. Lagipun perasaan Zia mau kena jaga juga, memandangkan dia dari lahir telah membesar dengan Abang Jayson. Mesti susah untuk Zia berjauhan dari Abang Jayson. After yang mendiang meninggal hari tu pun, selalu juga Zia mengigau mencari mamy dia tengah malam. Jadi keputusan sebulat suara telah dibuat, supaya kami mengikut giliran untuk menjaga dia.

🌼🌼🌼🌼🌼🌼

Roger sempat datang walaupun lambat 1 jam untuk membuat fitting baju di Black-Tie Wedding. Ermm. Bole la dimaafkan memandangkan dia husband to be saya next week. Cewahhh. Kembang kempis hidung saya bila fikir yang Roger akan menjadi milik saya juga. Siapa yang menyangka kami akhirnya akan bersama pada akhirnya. Sebab terlampau banyak dugaan yang telah kami lalui. Pahit itu lagi banyak dari manis sebelum kami melafazkan vow minggu depan.

JANJI TARANG BULAN (COMPLETED)Where stories live. Discover now