2

31 1 0
                                    

        Berlari aku seperti di atas padang 100m sekolah. Semua orang memandangku penuh hairan. Nasiblah ada tandas yang masih kosong. Aku memuntahkan segala isi yang masih tersisa di dalam perut. Kepalaku seperti melayang-layang di atas langit.

        Hari itu perlu memakai baju uniform lengkap unit uniform tetapi aku masih terduduk termenung di atas katil. "hm, boleh ke aku pergi sekolah dengan sakit mcm ni.. tak silap-silap aku belajar dalam tandas aje." bisikku di dalam hati.

        Farzieha sedang bersiap-siap ingin ke surau sebelum azan Subuh berkumandang. Dia memandangku penuh hairan. "Weyh Nab, kau ok tak ni? Aku nampak ko lari gi tandas muntah-muntah.. kau nak aku tolong ?"

         Aku rasa sangat terharu. Mana tidaknya, rakan-rakan ku yang lain nampak aku dalam keadaan begini tetapi langsung tidak bertegur sapa walaupun "get well soon" tidak terungkap untukku. Sedikit rasa hampa sebenarnya. Betul apa yang dikata oleh pak usu , asrama tempat yang dimana kau boleh jumpa mana sebenarnya rakan kau.

        Aku meraung kecil kepadanya. Air mata ku jatuh dek kerana sakit perut aku masih tidak hilang. Aku berasa sangat pening. Aku tidak tahu bagaimana untuk luahkan walaupun sepatah perkataan. Sakit yang aku rasa tidak mampu membuat aku berkata apa.

       Farzieha berlalu ke lokar nya lalu mengambil sesuatu. Sesuatu itu adalah kesayangannya ketika aku memerhatikannya sepanjang menjadi rakan sebilik.

        Ya, jaket sejuk BTS Jimin nya  disarungkan ke tubuh ku. Walaupun aku tidaklah berasa sejuk seperti aku sakit demam. Namun aku rasa terharu kerana ada yang menolongku. "Thanks Pajia." ujarku pendek. "Ha jum aku bawak kau pergi rumah kak Jue."  sambil menghulur tangan untukku untuk pergi ke rumah warden perempuan.

BeratWhere stories live. Discover now