Sepanjang hari ku asyik tidur sahaja kerana keracunan makanan ini. Ah bosannya hanya Allah sahaja yang tahu. Terlihat juniorku yang sakit juga tidur. Aku bercadang untuk berangan ketika itu.
Sedang asyik berangan untuk berkahwin dengan seorang jejaka yang dipujai hati, aku teringat akan Farzieha. Dia rakan yang bagiku sangat baik walaupun perangainya agak menyakitkan hati. Walaupun dia selalu bercerita tentang "crush" nya yang hensem, aku tahu.. dia tidak reti untuk bercinta. Tidak sepertiku yang sudah mempunyai dua bekas kekasih. "Macam mana la aku ade 2 ex tapi tak lawa pun" ujarku lemah dan tergelak sedikit.
Bagiku, dia sangat bagus dalam menjaga ikhtilatnya dengan lelaki. Aku berharap akan aku ada sifat sebegitu. Dalam diam, aku mencontohi sifat baiknya sepanjang aku berkawan dengannya.
Aku perlu melakukan sesuatu untuk menghargai jasa baiknya yang membantuku pagi tadi. Terdapat kalendar yang tergantung di bilik sakit tersebut. "hmm... bagus dah nak dekat."