6

13 2 0
                                    

      Aku duduk di atas rak kasut bilik AP10 sambil menghirup Nestum panas sambil melihat orang lalu, menggosok baju dan memberus baju yang kotor. Aku tahu apa yang aku buat ini dan aku akan rasa puas selepas ini.

       Tangisan Farzieha membuatkan aku berasa hairan, mengapa? Adakah sebab aku? Aku biarkan seribu alasan untuk dia sekiranya dia sudah mulai bersuara walaupun ketika ini jam sudah menunjukkan 11.50 malam.

      Alya, rakan Emerald ku memanggil seorang senior yang rapat dengan kami semua. Dia menganggukkan kepalanya dan memanggil Farzieha. Semuanya berjalan seperti biasa. Aku tidak kisah.

      Ada 2 orang kakak tingkatan 5 menjual sosej celur yang terkenal serta biasa di asramaku. Ketika itu, aku sudah pun 'pokai' dan ya, nafsu makan perempuan sentiasa menang. Akhirnya aku mengambil duit simpanan yang sepatutnya aku guna untuk tiket bas pulang. "Ala nanti pandai-pandai lah cari." bisikku didepan lokarku.  Lalu aku membeli rm2 sosej tersebut. Aku rasa aku patut lakukannya.

BeratWhere stories live. Discover now