"Allahuakbar.. Allahuakbar !" azan Subuh berkumandang. Aku dan Farzieha berjalan ke surau. Dengan aku berselipar dan berseluar trek, aku malas untuk menjawab soalan rakan-rakanku yang lain mengapa aku memakainya sedangkan orang lain memakai pakaian uniform untuk ke sekolah.
"macam tak boleh sujud je aku ni.. kang termuntah mcm mana? " bisikku lagi dalam hati. Tiba-tiba, Farzieha mengambil kerusi untukku. "Aku tau kau still sakit perut ngan loya-loya..nah, pakai ni." lalu aku mengambilnya untuk masuk ke dalam saf.
Seusai menunaikan solat subuh, Farzieha membawaku ke bilik sakit asrama. Walaupun aku tahu waktu itu adalah waktu sarapan di dewan makan, tapi Farzieha ini orang yang tidak bersarapan waktu pagi kerana akan sakit perut ketika di dalam kelas. Lagipun menu pagi itu adalah roti canai jadi aku tidak mempunyai selera makan untuk mengalas perutku yang sebenarnya benar-benar kosong.