Jam sudah menunjukkan angka 1 pagi. Terlalu lewat untuk budak asrama tidur sebenarnya.
Aku dan Farzieha menceriakan diri dengan memakai bedak sejuk dan menceritakan tentang kisah-kisah yang menarik. Antaranya ketika Farzieha mewakili sekolah dalam sukan Kriket.
Ketika dia bercerita, aku pun sedar yang aku harus bersamanya ketika dia sedang sedih dan gembira. Walaupun kami bukan rakan baik, adakalanya orang memerlukan seseorang untuk meluahkan sesuatu. Kita sendiri yang perlu hadir ke dalam hidup seseorang agar dirinya bahagia.
Kita kena sedar, yang hidup ini jangan terlalu memilih kerana ia memakan diri. Semua orang memerlukan antara satu sama lain. Aku bersyukur kerana hidup di asrama. Terdapat banyak pengajaran yang aku perolehi dan masih banyak perkara yang aku perlu tempuh. Aku masih 14 tahun. Dunia ini sangat ampuh dan kita perlu bersedia dengan mental yang kuat.
-TAMAT-