01

1.2K 18 0
                                    

Jam loceng berbunyi tepat pukul 7pagi...

"Yah 𝙆𝙄𝙈 𝙃𝙀𝙀𝙅𝙄𝙉 cepat la bangun, kau tu dah la bersiap lambat!!!" kedengaran suara yang sangat bising cuba menggerakkan aku dari mimpi yang indah.

"Lagi 5 minit lagi , please Yoora...aku ngantuk sangat sangat" aku kata dekat Yoora dengan nada yang mamai.

"kau lupe ke?? kite ade pendaftaran untuk ke kolej hari ni?? kau serious lahh Heejin" Yoora cakap sambil menggerakkan aku dengan nada yang agak tegas supaya aku pergi mandi dengan cepat.

"yeye okay" aku balas sambil pergi ambil tuala untuk mandi.

lepas aku siap mandi aku terus kemaskan sikit makeup dan rambut aku.

So lepas aku lihat diri aku dicermin aku terus menutup suis suis elektrik dan mengunci pintu manakala Yoora sudah lama menungguku di dalam kereta milikku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

So lepas aku lihat diri aku dicermin aku terus menutup suis suis elektrik dan mengunci pintu manakala Yoora sudah lama menungguku di dalam kereta milikku.

"Sebelum tu jom breakfast dulu nak?" Yoora mengajak aku.
"Alah appa dengan eomma aku tak bagi duit lagi la " aku membalas dengan nada yang malas.

"Kalau macam tu, jom kita pergi breakfast kat rumah kau...alaa please la🥺" Yoora cuba memujuk aku.

"Yelah yelah." aku balas.

Sampai kat rumah eomma dengan appa terus pakguard cepat cepat membuka pagar takut aku naik angin dengan sikap lenggang kangkungnya.

ding dong....

Maid aku datang membuka pintu.

"Eh anak eomma, kenapa tak bagitahu yang kamu berdua nak datang?" Eomma menegur aku semasa aku dan Yoora menunduk hormat.
"Si Yoora ni😒, rindu nak breakfast dengan eomma katanya er." aku membalas.

"Btw eomma tolong bank in duit cepat sikit, Heejin pun tinggal habuk je dalan beg dompet ;-; " aku menambah.

"Ye nanti eomma bank in" eomma aku balas kembali sambil menjemput kami duduk di meja makan dan memanggil maid untuk menghidangkan makanan.

"Eh aunty, mana uncle?" Yoora bertanya pada eomma sambil mengunyah makanan didalam mulutnya.

"Uncle dia tengah pergi out station. Maklumlah sekarang banyak projek yang company dia tengah handle." balas eomma.

"Ouh, patut la call tak angkat" tambah aku sambil memuncungkan mulut.

"Alah nanti appa balik kamu peluk la dia puas puas" eomma memerli aku mentang mentang aku ni anak tunggal didalam keluarga ni.

tiba tiba eomma menyoal aku soalan begini, terus aku dan Yoora tersedak..

"Heejin-ah, kamu tak mahu kahwin lagi ke?" Eomma terus menanyakan soalan ini pada aku.

"B-bukan t-tak m-mahu kahwin lagi eomma, tpi Heejin nak belajar dulu." Balasku dengan nada yang lembut kerana aku takut mengguriskan hati eomma aku.

"Tapi kenapa eomma tanya soalan macam tu?" aku menanya pada eomma aku yang sedang termenung jauh...

"Eomma bukan apa, kasihan appa kamu tu kerja siang malam sorang sorang ;-;" balas eomma dengan nada yang agak sedih.

"Okay Heejin janji yang Heejin akan cari jugak seorang calon untuk kahwin dengan Heejin☺" balasku supaya eomma dapat menggurangkan sedikit gelisah di hatinya.

tapi pada masa yang sama aku juga menyesal sebab melibatkan diri aku dalam perjanjian ini.

Aku melihat riak muka sahabat baik aku iaitu Yoora yang terlihat sedih jika aku meninggalkan dia untuk bersama calon aku nanti...

Selesai sahaja kami bersarapan, kami terus bergerak ke Yonsei University untuk pendaftaran.

•••

Semasa kami berjalan-jalan...tiba tiba Yoora memeluk aku dan aku terdiam seketika...

"Heejin-ah, terima kasih sebab jadi sahabat yang baik pada aku walaupun aku kadang kadang marah dekat kau tapi aku anggap kau sebagai keluarga aku sendiri sejak ibubapa dan adik beradik aku meninggal dalam kemalangan 2tahun lepas ;-;" Yoora berkata sambil memeluk aku dan aku dapat rasakan air mata Yoora jatuh di bahu aku...

Aku balas pelukan Yoora sambil menepuk belakangnya dan berkata...

"Walaupun kau selalu marah aku, aku tetap anggap kau macam kakak aku yang tak pernah berhenti menegur aku untuk membetulkan kesalahan aku sendiri." tiba tiba air mata aku mulai membasahi pipi...

"Sudah lah jangan sedih sedih macam ni, ingat janji kita tau untuk setia pada persahabatan kita ni :)" aku cuba memujuknya untuk berhenti menangis. (dah mcm bercinta dah diorang ni)

Selesai sahaja sesi meluahkan perasaan Yoora terpaksa pergi untuk ke tandas.

Heejin yang keseorangan disitu pergi berjalan sekeliling untuk meneroka seluruh tempat di University, dia tiba tiba tertarik pada studio ballet di University itu dan terus belari ke kaunter untuk menambah sukan yang diminatinya sejak berumur 3tahun iaitu tarian ballet.

"Awak pasti ke awak boleh menari tarian ballet ni?" Seorang senior menanyakan soalan itu pada aku.

"Sebenarnya saya sudah berada di peringkat antarbangsa" aku berbisik pada senior itu dan menunjukkkan sijil dan piala yang aku dapat pada tahun lepas.

"Bagus lah, University ni kan Private so jarang orang nak daftar masuk" senior tu balas sambil hulurkan jadual untuk aku datang berlatih.

"terima kasih☺" aku tersenyum kerana dapat menyambung semula hobi yang aku minat sejak kecil ni.

Semasa aku berjalan untuk masuk ke dalam kereta tiba tiba seseorang menarik tangan aku dengan kuat dan tarikan itu kuat seperti seorang lelaki.

aku memandang wajah lelaki itu dan aku memang tak mahu langsung memandangnya kerana dia adalah bekas teman lelaki aku yang curang terhadap aku untuk seorang perempuan yang paling famous masa high school iaitu 𝙂𝙊 𝙎𝙀𝙔𝙀𝙊𝙉. Perempuan yang paling kejam yang aku pernah kenal.

"Wow Zach, apa yang kau nak buat ni ha??lepaskan la aku!!" aku cuba menenangkan diri aku.

"Apa yang aku buat??aku cuba buat kau suka dekat aku balik la!!" Zach balas dengan nada yang agak menakutkan aku.

tiba tiba Seseorang datang dan menumbuk wajah Zach dan membuatkan Zach larikan diri. aku tak tahu siapa nama lelaki tu, dengan wajahnya yang tampan dan badan yang memang diminati semua wanita 🥺.

.

.

.

.

.

TUNGGU CHAPTER AKAN DATANG NANTI OKAY☺

 [✔] the grim reaper |18+| 𝗣𝗮𝗿𝗸 𝗝𝗶𝗺𝗶𝗻❥Where stories live. Discover now