1

602 40 7
                                    

Sepasang tangan sedang membelek sebuah dokumen dengan matanya yang teliti. Satu - persatu perkataan dia lihat . Tidak mahulah nanti dia menandatangani dokumen yang salah . Nanti duit Syarikat hilang dia juga kena tanggung nanti.

"okay saya boleh approve ni tapi cop syarikat minta kat pengarah Min okay?Ada apa - apa lagi ke?" katanya sambil menurunkan tandatangan di muka surat yang berkenaan.

"Ada Tuan Muda Min , Puan Muda minta saya sampaikan kat Tuan yang hari ini dia mahu ajak tuan lunch di Restaurant kegemarannya. Nanti dia tunggu Tuan disana" kata setiausahanya .

Senyuman diukirkan . "Baiklah.. awak boleh sambung kerja awak terima kasih" katanya kemudian setiausahanya keluar dari biliknya.

Ya itulah Min Yoongi yang dulunya dikenali sebagai seorang mafia yang gerun namun kini tidak lagi.

Kini dia berkerja bersama dengan tuan min iaitu ayahnya sendiri sebagai ceo syarikat manakala ayahnya itu pengarah syarikat.

Baju kotnya dirapikan , memandang jam sudah masuk jam 12 tengah hari . Pantas dia keluar dari bilik pejabatnya untuk bertemu dengan wanita yang telah mendampinginya selama dua tahun serta telah membesarkan anaknya dengan baik. Siapa lahi jika bukan Jiyoung.

"eh yoongi kamu nak kemana?" soal pengarah min. Suga mengukirkan senyuman.

"nak pergi date jap appa.. kerja semua dah settle.. boleh kan nak date dengan wife sendiri? " soal suga sambil menggosok belakang lehernya.

"yelah.. pergilah hari ni kamu balik awal.. luangkan masa dengan isteri kamu dengan anak kamu" kata tuan pengarah min.

Suga apa lagi melompat lalu menunduk kearah ayahnya itu sebelum keluar.











Suga pov

Aku memandu kereta aku laju ke restaurant kegemaran Jiyoung . Setelah sampai aku parkir di tepi jalan lalu aku masuk ke dalam kedai.

Aku tersenyum apabila melihat Jiyoung duduk di meja untuk dua orang di sudut restaurant. Aku jalan lalu memeluknya dari belakang.

"yah kamchagiya! oppa apa buat chagi macam ni.." jiyoung menepuk tangan aku kerana terkejut.

" chagi dah lama tunggu ke? " soalku kemudian duduk di hadapannya.

"ani baru juga sampai.. how your work?" soal Jiyoung kepadaku. Aku memandangnya dengan pandangan redup.

Sejak belakangan ni kemain dia berdandan.Makin lawa geram je aku tengok.

Ada juga nanti Yoonji dapat adik baru nanti .

"Min Yoongi I'm asking youuu" panggil Jiyoung. Aku memandangnya semula dan senyum.

"Everything okay chagi ni Min Yoongi okay .. " kata ku . Tidak lama kemudian makanan kami sampai.

Satu hidangan western iaitu steak kepunyaan aku manakala stew pula kepunyaan wanita kesayangan aku ni.

Kami makan sambil itu berbincang la tentang Yoonji , member member yang lain..

semua dah besar .. tak sangka cepat masa berlalu..










Sejurus sahaja makan , aku memandu pulang ke rumah bersama Jiyoung. Dia? Sudah terlentok. Kenyang sangat agaknya..

Tidak lama itu telefon aku berdering.

aku menekan button pada Airpod aku.

"yeobeoseyo? "

"Min Yoongi... you will receive the karma ! Keluarga kau tak akan aman sebab kau bunuh keluarga aku!"

aku berkerut dahi.

Save Me [MYG] ✓Where stories live. Discover now