Jiyoung pov
Aku turun dari bilik ke ruang tamu. Kelihatan Suga dengan yoonji ada . Tadi ada juga la aku dengar riuh rendah tapi aku terlampau penat agaknya dengan kerja di pejabat appa.
"eh chagi dah bangun ? Nak makan ke? Oppa ada masak sikit tadi " kata suga kepada ku. Aku mengangguk .
"boleh juga lagipun perut ni dah kosong balik heee.." kata ku sambil menepuk nepuk perut sendiri.Yoonji berlari datang ke arah aku lalu aku dukung.
Suga pula sudah ke dapur memanaskan lauk.
"appa ambil yoonji ke?" soalku kepada anak ku sambil mencium pipinya. geram tembam je..
"aniya uncle jimin yang hantar.. omma yoonji nak masuk tidur~goodnight" kata yoonji lalu pipi aku dicium .
"nae goodnight basuh kaki gosok gigi dulu arraseo? " pesanku dengan lembut..
"naeeee" jawab anak aku meleret.
Aku tersenyum. Aku bahagia dengan keluarga aku. Mungkin ini bonus dan ganjaran aku selepas merana 4 tahun lalu..
Suga menghidangkan lauk lauk di atas meja . Sayur kobis rebus dengan ayam sesame ?
okay sayur kobis tu..
kenapa menyedihkan sangat..
aip jiyoung tak baik kata macam tu suami kau yang masak kan jangan nak banyak komen.. makan je..
"have a seat" kata suga sambil menarik kerusi buatku. Aku smile lalu duduk . Dia pula duduk disebelah aku dan menyediakan makanan aku.
Dah kenapa tak pernah macam ni..
"oppa dah kenapa ? tak pernah nak letak letak makanan kat pinggan ji ni.. nak jadi sweet sangat ni kenapa?" kata ku sambil memandangnya hairan.
Gila kau tak pelik..
selama aku duduk 4 tahun dengan dia.. ni first time dia buat ni.. dah kenapa?
Dia ada buat salah ke?
"aniya oppa saja nak buat macam ni.. nak juga bagi kasih sayang sebagai seorang suami yang sayang bini dia " kata suga.
aku makin blur.
ha kasih sayang seorang suami? habis tu selama ni bagi kasih sayang palsu ke? bak kata abe jhope kita..
sayang clone bukan original ha gituw
Aku makan dengan sedapnya..
walaupun sayur kobis tu.. takpe lah..
"Jiyoung.. oppa nak bagitau something.." aku memandang suga sambil makan. Ha kan betul dia ni mesti ada benda ni..
"Oppa ada kerja kat Amerika.. boleh tak ikut oppa kali ni ? outstation untuk seminggu.. appa suruh oppa flight esok.. lepas ambil dokumen kat office. " kata suga dengan muka penuh harapan.
aku memandangnya. Tak pernah pernah ajak gi outstation ni.. tapi aku juga yang taknak..
"arh.. tapi chagi kerja lah... nanti bertimbun pula .. oppa pergilah.. bawa yoonji tu.. " kata aku sambil mengukirkan senyuman.
"alah takpelah.. biarkan jimin buat dia kan power bak bak ni.. nanti lepas seminggu tu semua siap.." kata suga.
amboi senang hidup..
"arh tak boleh tak boleh.. oppa pergi je la.. bukannya kalau chagi tak pergi oppa tetiba mati kat sana" kata ku kemudian bangun cuci pinggan .
Aku nampak muka dia kecewa.
Aku baru lukakan hati dia ke?
Ah biarlah .. degil orang kata taknak taknak.. nanti dia okay la tu..
Aku masuk ke dalam bilik. Kelihatan Suga sudah ada di atas katil sambil bermain game dalam phone . Aku menutup pintu lalu aku baring di sebelahnya.
Dia pantas mengereng ketepi memandang arah dinding.
Lah?
tak habis lagi? -_-
"oppa... sorry la.. bukan sebab apa.. ji ada kerja la.. lagipun ji taknak ganggu kerja oppa kat sana.. okay? saranghae.. " pujuk ku kemudian mengucup pipinya.
Aku baring menghadapnya lalu ku peluk erat. Harap dia okay lepas ni..
'•'
YOU ARE READING
Save Me [MYG] ✓
Random"I'm back to save you" Selepas dua tahun Suga dan rakan-rakannya tinggalkan kegiatan lamanya dan masing - masing sudah berkerja di syarikat mereka , ada orang yang menganggu Suga. Jiyoung dan anaknya , Jiyoung sering mendapat panggilan peras ugut...