Suga pov
Aku sedar dari tidur.. Alarm di telefon aku matikan dan aku meneliti waktu sekarang. Pukul 5 pagi.. Aku melepaskan pelukan Jinyoung lalu aku pelahan - lahan turun dari katil.
Aku masuk ke dalam bilik air untuk menyiapkan diri. Aku kena pergi juga.. walaupun hati keberatan untuk tinggalkan dia.
Usai sahaja aku bersiap , aku membawa turun beg yang sudah aku kemas malam semalam.. Jadual penerbangan aku pukul 7 pagi.. masih sempat aku siapkan sarapan untuk mereka berdua..
Aku menyediakan nasi goreng Kimchi . Simple.. tak perlu beria sangat masak.
Dah siap aku letak di dalam kuali kalau hidang takut bersemut ke apa pula.. Aku letak mini note di peti sejuk ..
Aku naik ke bilik semula . Jiyoung masih lena di alam mimpi. aku mengucup dahinya lembut.
"Please take care of yourself.. and Yoonji.. I believe Park Jiyoung oppa ni mampu jaga diri kan.. don't work too hard lepas seminggu oppa balik okay.." kataku walaupun aku lihat Jiyoung seperti tidak sedar.
aku bangun kemudian aku keluar dari bilik dan pergi ke bilik anak ku. Pintunya aku buka.
eh..
"a..appa.." kata Yoonji kemudian dia menyorokan ipadnya.
aku mencekak pinggang .. "bagi appa ipad tu.."minta ku. pelahan - lahan tangan dia berikan ipad tu.
"Didi and friends? Lagu mengantuk?" kata ku selepas semak semua activity di dalam ipad itu.
Dia mengangguk pelahan. "Yoonji bangun pukul 4 tadi .. lepas tu tengok appa dengan omma tidur lagi.. tu la yoonji tengok didi hiks.. mianhae hiks.." kata yoonji yang hampir menangis.
Aku tersenyum kemudian aku merendahkan badan lalu memegang bahunya. "haih.. lepas ni jangan layan kartun pagi pagi macam ni.. mata tuh nanti jadi panda tau.. anak appa ni lapar ke? "
Dia mengangguk lagi .
"Appa ada masak nasi goreng kimchi.. nak teman appa makan? " kata ku kemudian aku mendukungnya.
"Nak nak! omma ? " soal yoonji ..
"dia tidur lagi.. okay jom.. motor nak bergerak! vroom vroom!" kata ku kemudian dia gelak. Senang sikit hati ku melihat senyuman dia...
Selepas sahaja selesai membasuh pinggan , aku memakai jam tanganku kemudian aku berjalan kearah pintu rumah . Kot yang aku letak di atas sofa aku ambil dan pakai. Bagasi tadi aku tolak.
"appa nak pergi mana? " soal anakku. Aku senyum lalu dukung.
"appa ada kerja.. seminggu.. lepas tu nanti appa balik sini.. " kata ku sambil mengusap rambut anak perempuan ku.
"ala nak ikut... " katanya kemudian dia memuncungkan mulut. Aku tergelak.
"Aish tak boleh la sayang appa ni.. Omma nanti sape nak jaga.. " kata ku.. bukan aku taknak bawa.. boleh je.. tapi disebabkan Jiyoung tidak ikut sama.. aku risau budak ni mencari Jiyoung..
"hm.. nae arraseo.. yoonji jaga omma dengan baik! Appa pun nanti Yoonji jaga dengan baik! " katanya . Kemudian aku lihat taxi sudah tiba di depan rumah.
"okay .. appa kena pergi.. kunci pintu dalam rumah okay.. kalau omma lambat balik ke apa jangan suruh uncle jimin hantar rumah okay.. suruh omma makan.. " kata ku kemudian aku menyarungkan kasut.
"nae appa.. Saranghae! " kata yoonji kemudian dia terus menutup pintu dan kunci.. dan melambai dari tingkap.
Budak bertuah ni.. nasib bagasi aku kat luar dah..
YOU ARE READING
Save Me [MYG] ✓
Acak"I'm back to save you" Selepas dua tahun Suga dan rakan-rakannya tinggalkan kegiatan lamanya dan masing - masing sudah berkerja di syarikat mereka , ada orang yang menganggu Suga. Jiyoung dan anaknya , Jiyoung sering mendapat panggilan peras ugut...