Episode 2

6 0 0
                                    

Di satu semak yang tebal. Di sekelilingnya hanya terdengar bunyi kicauan burung dan unggas.

Sesekali terdengar bunyi yang pelik. Bunyi seakan haiwan yang sangat jarang kelihatan. Sesekali terdengar suara seperti harimau mengerang.

Ada sebuah pondok yang diperbuat dari buluh. Hanya atapnya sahaja beratapkan daun.

Tidak jauh dari kawasan pondok itu terdapat baruh. Banyak pokok durian yang ditanam disitu di dalam semak yang meninggi.

Di dalam pondok. Seorang lelaki yang sangat selekeh sedang duduk bertapa. Mukanya penuh dilumuri sesuatu yang nampak seperti lumpur kering. Dia bertelanjang.

Mulutnya tak henti-henti membaca sesuatu yang tidak difahami.

Seketika kemudian, dia berhenti. Dipandang ke kiri dan ke kanan. Dia bangkit lalu menuju ke satu sudut dinding pondok yang berlubang. Ada satu cawan diletak disitu menadah ke langit. Di dalamnya terdapat air lebih kurang suku cawan. Ia adalah air embun yang ditadah sepanjang malam. Dia hanya meminum air yang ditadah dari embun sahaja sebagai bekalan sepanjang pertapaan.

Diambil cawan itu lalu diteguk airnya.

"Gulp..aahhhh."

Dia lalu dengan menggunakan jarinya, mengira sesuatu.

"Hmmmm..Ada lagi 30 hari..." ujar lelaki itu dengan suara yang amat garau.

Dia lantas bangun lalu menyangkung di satu sudut lain pondok itu pula. Dia mencangkung. Mulutnya terkumat kamit membaca mantera.

Seketika kemudian tangannya dihulur ke bahagian punggung. Dicalitnya sesuatu di situ lalu di sapu ke mukanya.

Bau najis menyelinap ke seluruh pondok. Berulang-ulang kali dia melakukan sedemikian hinggalah seluruh mukanya habis di sapu.

Bacaan manteranya makin kuat. Pelik sungguh bahasanya.

Dalam keadaan mulutnya masih kuat membaca mantera, dia bangun lalu duduk semula ke tempat pertapaannya.

Lalu bacaannya menjadi semakin perlahan. Dia bertapa semula seperti sebelumnya. Rutin itu akan diulangi semula pada hari esok.

*********

"Jadi sekarang dia sedang bertapa?" Tanya Tok Alang.

Tok Deris menganggukkan kepala.

"Jika benar bulu adalah kelemahan dia, kenapa dia bertapa dalam pondok buluh?" Tanya Tok Alang lagi.

"Memang dah syaratnyo begitu. Manolah den tahu. Mungkin sobab nak kuekkan lagi ilmu eh. Tu yang kono duduk tompek banyak buluh," jelas Tok Deris.

Tok Alang diam sebentar.

"Maso ni la paling sesuai kalau kau nak tulong dio," ujar Tok Deris.

"Tapi dia sendiri tak nak ditolong. Macam mana tu?" Tingkah Pak Usop pula.

"Dio ni bukan tak nak ditulong. Dio sendiri peghonah jumpo den untuk bantu dio. Dio tak buleh beghonti. Tiap tahun dio kono bertapo selamo 40 haghi tanpo gagal. Nafsu dio makin lamo makin tak buleh dikawal. Dah berapa kali bini dio cubo lari tapi disobabkan kesian, bini dio datang balik," jelas Tok Deris.

"Dia nak lagi tu. Tu yang dia datang cari," Tok Alang menempelak.

"Alah biaso la tu Alang. Manusio. Tak dapek, dicari. Dah dapek, tak buleh tahan pulak. Ni den nak tanyo kau. Nak tulong tak?"

Tok Alang diam seketika.

"Ilmu jenis macam ni biasanya mereka guna jin tanah atau jembalang tanah. Orang yang mengamalkannya, berpenunggu. Bukan senang. Tapi bolehlah kalau kita nak cuba. Bila nak pergi?" Tanya Tok Alang.

*KEPALA TAHI* Where stories live. Discover now