Rasid membuka matanya. Sekonyong-konyong, dia melihat bayangan beberapa orang lelaki yang sedang mengerumuni sesuatu. Telinga juga terasa hingar. Hanya dengungan yang panjang dapat kedengaran.Sedikit demi sedikit penglihatannya menjadi jelas. Tiba-tiba kepalanya terasa sakit. Tangan kanannya mencapai bahagian yang sakit di belakang kepala. Digosok-gosok seketika.
Dia dapat melihat Tok Alang sedang melakukan sesuatu dengan menggunakan labu sayung. Tok Deris dan Pak Usop hanya memerhati.
Suasana ketika itu, meribut. Mat tak tahu kemana. Menyorok mungkin. Bunyi lolongan anjing seperti katak memanggil hujan. Bersahut-sahut hingga menegakkan bulu roma.
Setelah membacakan sesuatu, Tok Alang meletakkan labu itu dihadapannya. Dia mengeluarkan keris pusaka lalu bersila laksana seorang laksamana.
Keris dirapatkan ke mulut yang masih terkumat kamit.
“Hupp!!” Tok Alang mencacakkan keris itu dihadapannya. Serta merta lembaga itu hilang.
“Deris, tutup!” Arah Tok Alang. Dengan pantas, Tok Deris menerpa ke arah labu itu bersama penutup yang telah dibalut dengan kain kuning.
Tatkala penutup itu menjengah ke mulut labu. Suasana yang tadi riuh pikuk, menjadi sunyi sepi. Rasid terkedu seketika.
Krakk!! Krakk!
Rasid terkejut. Bunyi apa tu? Dia menoleh.
Terpacul Mat dari arah semak, menuju ke arah Tok Deris berada.
“Cheh..menyorok rupanya,” katanya sendiri.
Dia bingkas bangun lalu terus menuju ke arah mereka yang berada di situ.
“Haa dah bangkit,” kata Tok Deris.
“Macam mano tuan? Den dah bobeh ko?” Tanya Rasid.
“Belum. Ada beberapa benda lagi nak kena buat. Sebelum tu, besok kamu bawa labu ni ke sungai. Kalau ada bot. Kamu minta tolong tuannya hanyutkan labu tu,” jelas Tok Alang sambil menghulurkan labu tersebut.
“Kalu dio tak nak? Den hanyutkan jo kek tepi tobing yo. Buleh?”
“Alah, kamu bayar la sikit. Kamu pun bukan orang miskin. Tapi pesan kat dia. Jangan sesekali dibuka. Cilaka padahnya. Hanyutkan sahaja.”
Rasid mengangguk faham. Dia tahu dia patut berjumpa dengan siapa untuk menyelesaikan urusan.
*********
Besoknya di rumah Rasid. Mereka semua sedang menunggu Rasid untuk urusan menghanyutkan labu.
Tok Alang memerhatikan isteri-isteri Rasid yang kebetulan ada di dapur. Dia dapat melihat bagaimana bertuahnya Rasid. Semua isterinya seperti berkawan baik. Dia tersenyum sendiri.
“Tak serik, tak tahulah nak kata apa. Rasid, Rasid,” katanya sendiri.
“Apodio, Alang. Kau cakap dongan siapo?” Celah Tok Deris.
Tok Alang hanya tersenyum dan menggeleng.
“Aku cuma terfikir betap bertuahnya si Rasid ni. Apa lagi yang dia nak? Semuanya ada.”
Tok Deris dan Pak Usop mengangguk tanda setuju.
“Ni den nak tanyo. Nak mandi kek mano?” Tanya Tok Deris. Sebelum itu Tok Alang ada menyatakan Rasid perlu melakukan mandi bunga untuk tujuan semahan.
“Mandi sahaja di masjid jamek. Gunakan air kolahnya. Sini mesti ada masjid jamek kan?” Tanya Tok Alang.
Tok Deris mengangguk
YOU ARE READING
*KEPALA TAHI*
Horror1. Mengisahkan Perjalanan cerita tentang seorang pengubat kampung Tok Alang Dan kawan baiknya Pak usop dimana mereka pakar dalam mengubati segala jenis gangguan yang terdapat dalam negeri mereka. 2. Cerita nonfiction tapi mampu membuatkan anda terpe...