Episode 10/ lastt

4 0 0
                                    

Kenderaan ringan dan berat bersimpang siur di jalan utama. Bunyi kenderaan mengerang, boleh didengari dari rumah Rasid yang terletak 100 meter dari jalan besar.

Di pangkin rumah. Tok Alang sedang berbual dengan Rasid. Tok Deris dan Pak Usop tidak kelihatan.

“Macam mana kamu rasa?” Tanya Tok Alang.

Rasid termenung seketika sebelum dia merenung wajah Tok Alang.

“Iyolah. Den pun tak sangko bondo ni buleh selosai. Tuan memang baik hati. Den boto-boto bersyukur. Timo kasih tuan,” ujar Rasid.

“Tak usahlah kamu panggil aku tuan. Panggil aku Alang je. Kamu pun bukan jauh sangat lagi muda dari aku,” tingkah Tok Alang.

Rasid mengangguk faham.

“Kamu jangan lupa baki enam hari untuk mandi tu. Jangan gagal.”

“Baik Alang. Den akan buek sampai habih.”

“Cuma kamu kena ingat. Mungkin ada di antara hari yang kamu nak mandi tu, kamu akan mendapat gangguan. Tak perlu kamu risau. Selesaikan sahaja. Gangguan itu akan ada yang membantu kamu untuk menyelesaikannya,” kata Tok Alang.

“Maksud?”

“Alah, tak usahlah kamu tanya. Jika terjadi gangguan. Dapatlah kamu melihat siapa yang membantu. Jika tiada. Selesaikan sahaja tugas kamu tu,” tingkah Tok Alang.

“Tapi den nak tanyo lagi buleh?”

“Tanyalah.”

“Kato eh, bondo tu dah kono kurung. Kenapo Alang kato ado gangguan?”

“Bagus soalan kamu. Tapi pelik juga aku. Selama ni kamu beramal, takkan kamu tak tahu?”

“Tahu apo?”

“Kamu adalah bekas pengamal ilmu hitam. Diri kamu dah memang sebati dengan dunia ghaib. Jadi akan ada ‘benda’ lain yang kotor yang akan cuba mendekati kamu.”

Rasid mengangguk faham. Dia sebenarnya tahu tentang perkara itu. Dia lantas tersenyum.

“Den dah biaso bondo-bondo macam tu. Cumo sekarang ni, den raso lain sikit. Raso tak kuek pun ado..haha!”

Mereka berdua tertawa.

Papp! Tok Alang menepuk bahu Rasid.

“Bukan senang nak buat kerja macam ni. Nak beramal ilmu salah tak susah. Ilmu baik ni lebih susah sebenarnya. Ilmu baik pun kalau salah bawak, pun boleh jadi sesat. Inikan pula ilmu yang sesat. Dah semestinya terus sesat. Jadi pulanglah kembali ke pangkal jalan. Kekuatan yang paling kuat adalah bila kita bertawakkal. Kekuatan yang tertumpu dari dalam diri kita. Tak perlu bergantung pada kekuatan asing yang sentiasa cuba untuk menyesatkan kita,” nasihat Tok Alang. Rasid mendengar dengan tekun.

“Den akan dongar nasihat Alang. Den ingat nak bawak semuo bini den poie umrah. Apokato Alang?”

“Haa dah bagus la tu. Kamu pun bukan tak mampu. Orang kampung ni, dia tak kaya duit sangat. Tapi harta bendanya banyak. Pergilah jika kamu rasa dapat menyucikan diri kamu,” balas Tok Alang.

Rasid tersengih girang. Dia terasa dirinya seperti telah kembali lain. Kembali kepada dirinya yang dahulu.

“Rasid.” Tiba-tiba Tok Alang seperti ada sesuatu untuk diperkatakan. Rasid terus memberi perhatian.

“Yang sebenarnya dari mana kamu dapat Ilmu Kepala Tahi ni?”

Rasid termanggu seketika. Dia sedang mengingatkan sesuatu.

“Den dapek maso den poie turun ke Batu Pahat. Maso tu den ajak Deris tapi dio tak nak. Maso tu den nak poie jumpo kawan den. Dio pun kaki pompuan jugak. Deris tak nak, den pun poie sorang jo. Den jumpo ado sorang ughang tuo Jawo. Dio la yang ajar den,” jelas Rasid.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 08, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

*KEPALA TAHI* Where stories live. Discover now