Besoknya, sepanjang hari mereka bersedia menanti seperti apa yang dikatakan oleh Tok Alang.
Tok Alang telah siapkan tempat di dalam bilik khas. Dupa kemenyan yang berasap, telah mula dibakar di dalam bilik sekitar jam 11 pagi. Bau semerbak kemenyan, memenuhi ruang keseluruhan rumah.
"Kita terus bakar kemenyan. Jika menjadi, dia akan datang. Cuma aku tak tahu bila," jelas Tok Alang ketika memberi arahan.
Mereka semua faham. Cuma hati mereka tidak senang duduk dengan keadaan itu. Menunggu seperti buah tak jatuh.
Cuaca yang terik diluar, membuatkan tubuh mereka melekit dek kerana bahang.
Mereka menunggu hingga waktu lewat petang. Dupa masih ditaruh kemenyan. Suasana isi rumah Rasid, bergerak seperti biasa. Mereka semua telah diberi penjelasan. Jadi, mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk campur tangan bila tiba waktunya.
Jauh disudut hati Tok Alang. Dia lebih mengharapkan semuanya akan terjadi semasa keluarga Rasid tiada di situ. Ini bermakna hanya waktu malam sahaja yang paling sesuai.
Tiba-tiba ada seseorang membaling objek seperti batu ke dalam rumah. Ia jatuh di tengah-tengah ruang tamu. Objek itu dibalut dengan sehelai kain hitam. Ia mengeluarkan bau yang amat busuk seperti najis.
Pak Usop cuba untuk mengambil objek itu. Namun, ditahan oleh Tok Alang.
"Jangan. Dia marah sebab kita ada di rumahnya."
Tok Alang keluar sebentar lalu kembali bersama sehelai daun pisang di tangannya. Dengan menggunakan daun itu, dia mengangkat objek tersebut.
Dia terus membawa objek itu ke halaman rumah. Sambil mulutnya terkumat kamit, dia membuka balutan itu. Bau busuk masih kuat menusuk.
Apabila dibuka. Jelas kelihatan seperti batu. Lebih kuat baunya apabila balutan telah dibuka.
"Najis...dia nak cabar aku!" Kata Tok Alang sambil mengenggam penumbuk.
Tok Deris menggelengkan kepala.
"Dah tak ado kojo ko duk gumpal taik sendiri. Pengotor!" Bentak Tok Deris.
Tok Alang bingkas duduk bersila dihadapan najis itu. Ditutup matanya. Agak lama juga dia seperti itu. Seperti sedang menguji sesuatu. Titisan peluh berbintat di dahi.
Lebih kurang lima belas minit, dia membuka matanya semula.
"Aku baru sahaja memerhatikannya melalui mata batin. Usah risau. Ini tiada apa-apa. Kita tunggu sahaja dia datang," jelas Tok Alang.
"Tunggu laie. Ponek menunggu si setan nih!" Keluh Tok Deris.
Tok Alang bingkas bangun lalu menepuk bahu Tok Deris.
"Kena sabar. Nak memancing bukan senang," katanya sambil tersenyum.
"Jika dia datang malam ni biar aku sorang saja yang bertentang dengannya. Kamu semua pegang sorang satu batang pisang sebagai senjata," arah Tok Alang.
Mereka mengangguk faham.
********
Di pangkin, mereka masih menunggu kedatangan Rasid. Dupa kemenyan telah dibawa keluar. Keluarga Rasid telah dipesan untuk tidak keluar dari rumah walau apa pun yang terjadi.
Kerana kebosanan, Pak Usop berbual dengan Tok Deris. Mat seperti biasa telah tidur awal.
"Macam mana nak belajar. Bukan nak turut serta bila ada perkara macam ni," keluh Pak Usop.
"Alah biarlah dio. Bahayo jugak kalu dio ado," tingkah Tok Deris.
Mereka terus berbual untuk menghilangkan rasa bosan. Tok Alang pula hanya duduk diam di anak tangga rumah.
YOU ARE READING
*KEPALA TAHI*
Horror1. Mengisahkan Perjalanan cerita tentang seorang pengubat kampung Tok Alang Dan kawan baiknya Pak usop dimana mereka pakar dalam mengubati segala jenis gangguan yang terdapat dalam negeri mereka. 2. Cerita nonfiction tapi mampu membuatkan anda terpe...