[ MEDIA : COVER LAMA PINJAMAN CINTA ]
WARNING ! My own ideas. Please do not kopipasta any part in this story !
©fatinandos
____[ Iman POV ]
SUNFLOWER Café, sebuah kafe dimana bermulanya suatu kisah tentang seorang gadis yang telah menarik perhatianku sejak dua menjak ini. Kenal pun tidak, berbual apatah lagi. Hanya dengan pandangan mata membuatkan jantung aku berdegup.
Kcing! Pintu kafe ditolak dan aku masuk mencari tempat yang paling sesuai untuk ku duduk. Harapan aku cuma satu, aku ingin gadis itu mengambil pesananku.
Aku tersenyum lebar. Harapanku tak sia-sia kerana gadis itu sedang menghampiriku. Seorang gadis berambut ikal mayang, dengan berpakaian baju t-shirt lengan pendek berwarna merah dan apron coklat dibadannya. Tak lupa juga topi merah yang menghiasi di kepalanya. Comel.
Jantung aku mula mengepam laju apabila gadis itu betul-betul berada dihadapanku. Behave Iman, behave, pesanku pada diriku sendiri.
"Encik, order?"
Jantungku berdegup semakin laju saat gadis itu mula berbicara. Perasaan aneh ini semakin lama semakin membuatkan aku tak keruan. Aku diam tidak menjawab malah merenung mata gadis itu.
"Em, encik?"
Gadis itu melambai-lambaikan tangannya dihadapan mukaku. Aku sedar tapi anggota badanku seakan dipaku disitu.
"Encik? Encik okay ke?" Soal gadis itu buat kali keberapa. Wajahnya agak risau bercampur hairan apabila melihat keadaanku sekarang.
Kalini aku menjawab. Tak mahu nampak sangat yang aku sudah tangkap cintan dengannya. Buat malu je kalau kena reject dekat kafe ni. Dahlah tengah ramai pelanggan.
"Eh tak. Maaflah, saya tengah berangan. Give me one latte." Balasku. Badanku ditegakkan. Agak tak selesa selagi gadis itu ada dihadapanku.
"Okay." Gadis itu tersenyum sambil mencatit pesananku.
Aku mahu pengsan. Senyuman dia amat memukau. Ya aku tak nafikan aku dah terpukau dengan gadis itu. Mummy, Iman nak kahwin sekarang!
Kejap! Apa nama dia ya?
LIMA minit menunggu, akhirnya gadis tadi datang bersama cawan latte yang ku pesan. Aku sempat memandang tanda namanya semasa dia sedang meletakkan cawan di atas meja.
Nadiya. Nama memang secantik tuannya.
"Enjoy your drink!" Ujar gadis itu lembut sebelum dia meninggalkan aku.
Senyuman dia membuat aku tak keruan. Haih, jampi apa yang gadis itu gunakan sampaikan begini sekali kesannya.
Latte yang dipesan tak dihiraukan. Aku hanya statik memandang gadis itu membuat kerja. Dia tersenyum, aku tersenyum. Dia ketawa, aku tersenyum semakin lebar. Betul-betul angau !
Kalini aku tekad untuk jadikan gadis itu sebagai teman hidupku. Tak kisahlah stranger ke apa, nampak aku kesah?
Kedengaran seperti psiko tapi tak. Inilah kuasa cinta. Korang yang single apa tahu?
Nadiya mu tunggu aku datang !
_________
YOU ARE READING
Pinjaman Cinta ✔
Kurzgeschichten[ROMANCE|SHORT STORY #1] "terima kasih untuk kasih sayang yang awak berikan, terima kasih untuk cinta yang awak tanamkan, terima kasih untuk selama ni awak disisi saya. terima kasih Iman untuk pinjaman cinta ini..." - n ⟨Hak Milik ©fatinandos, 2020⟩...