6 | Setuju ke tak?

388 55 0
                                    

WARNING ! My own ideas. Please do not kopipasta any part in this story !
©fatinandos
_______

[ Nadiya POV ]

KELUHAN demi keluhan aku lepaskan selama seminggu ini. Tetapi hari ini aku rasa aku dah dapat jawapan yang aku mahukan. Biarpun susah tapi cepat atau lambat aku tetap kena buat keputusan.

"Assalamualaikum." Sapa seseorang membuatkan aku mengalihkan kepala ke arah suara itu.

"Waalaikumussalam. Duduklah." Balasku lalu memberi ruang kepada figura itu untuk melabuhkan punggungnya.

"Awak nak apa jumpa saya?" Soal Iman sambil menatap wajahku.

"Awak rasa saya nak cakap pasal apa?" Aku juga lontarkan soalan kepadanya. Iman mengalihkan pandangannya.

"Cakap pasal perkahwinan kita?" Balasnya membuatkan aku menangguk kepala sebagai balasan.

"Tak perlu paksa diri awak kalau tak suka. Yang nak kahwin tu kita berdua. Yang nak kekal sampai ke hari tua tu kita berdua." Jelasnya selepas mendengar aku mengeluh. Keluhan aku bukan membawa maksud aku tak suka cuma aku mengeluh untuk lepaskan semua perkara yang menganggu keputusanku.

"Kalau saya terima awak, awak boleh terima saya juga ke?" Soalanku membuatkan Iman tersengih. Aku tengah serius, dia boleh tergelak sorang-sorang pula.

"Cinta boleh dipupuk, Diya. Tapi buat apa saya pupuk kalau dari dulu lagi saya suka awak."

Aku terkebil-kebil memandangnya. "Apa maksud awak?"

"Sejujurnya, saya yang suruh mama datang rumah ibu awak untuk masuk meminang awak dan tak sangka pula ibu awak itu kawan mama saya." Jujur Iman membuatkan aku tercengang.

"So, awak tipu sayalah yang awak tak tahu saya anak kepada kawan mama awak tu?" Iman menangguk. Aku terdiam.

"Awak tak ingat saya langsung ke Diya? Saya selalu datang ke kafe dan awak pun selalu ambil order saya." Soal Iman apabila melihat aku diam saja. Aku menggelengkan kepalaku.

"Auch, sampai hati awak tak ingat saya langsung." Dia memegang dadanya berpura pura seperti hatinya telah dilukai.

Aku mula dihimpit dengan rasa bersalah. Aku bukan sengaja nak lupa tapi aku memang susah nak cam muka orang. Masa bekerja, kalau ada pelanggan tetap pun aku still confuse dia pernah datang ke tak sebelum ni.

"Sorry, saya betul-betul tak ingat. Saya bukan sengaja tak nak ingat."

Dia tersengih. "It's okay. Saya tak ambil hati pun lah."

        Aku mengeluh nafas lega. Aku ingatkan dia nak broken ke apa lepas aku cakap macam tu. Sebaik tak.

"Awak ingat tak tentang bunga ros? Hari dimana kita terserempak?" Sambungnya. Aku menangguk kepala perlahan. Takkanlah tak ingat, itulah kali pertama aku kenal si Iman dan dapat bunga dari si misteri yang sampai sekarang aku tak tahu siapa.

"Kalau awak nak tahu, bunga ros tu saya yang bagi. Huruf I yang dalam kad tu tu maksudnya Iman. Saya juga plan nak ajak awak makan tapi saya tengah lost idea so saya datang malam tu depan kafe awak. Pura-pura macam kita terlanggar."

Pinjaman Cinta ✔ Where stories live. Discover now