9 | Assalamualaikum, sayang

455 57 2
                                    

WARNING ! My own ideas. Please do not kopipasta any part in this story.
©fatinandos
____

[ Nadiya POV ]

AKU masuk ke dalam bilik. Penat melayan tetamu belum hilang lagi. Habis satu badan sakit-sakit sebab berdiri terlalu lama dengan baju pengantin ni. Sebaiklah kahwin sekali je, mahunya dua kali patah tulang aku. Macam manalah artis boleh buat majlis banyak-banyak sedangkan aku ada satu majlis ni pun dah rasa macam nak mati.

"Ergh, penatnya." Keluhku.

"Eh awak bila masa awak masuk bilik ni?" Terkejut aku melihat Iman yang sedang terbaring di atas katil. Time ni jugalah jantung aku berdegup kencang !

"Abang dah masuk dari tadi dah. Lamanya sayang dekat bawah. Buat apa?" Soal Iman yang membuatkan semua bulu romaku naik.

"Er.., sa--sayang?" Soalku. Pelik.

Iman datang menghampiriku. Aku agak gementar. Ya Allah ! Tolong lindungi aku.

"Kenapa? Tak salahkan, sayang? Sayang kan sayang abang." Iman tersenyum lebar memandangku.

Macam mana nak menidakkannya kalau awal awal dah diserang dengan senyuman manis suaminya itu. Haih cairlah.

Aku menekup wajah suamiku. "Tak salah punlah abang. Sayang lagi suka."

Iman tersengih. Suka dengan layananku.

"Tadi buat apa dekat bawah? Lama tau abang tunggu." Iman memuncungkan bibirnya.

"Sayang berbual-bual dengan ibu dengan mama dekat bawah. Sorrylah."

"Hm yelah. Bila nak mandi ni? Dah ushuk dah isteri saya ni." Iman mengacah-acah membau badanku.

"Saya nak mandilah ni." Aku bergerak ke almari baju untuk mengambil tuala.

Tanganku ditarik Iman. Tiba-tiba.

"Jom."

"Jom?" Aku berkerut kening. Aku ada ajak dia pergi mana mana ke?

"Jom pergi mandi. Abang pun belum mandi lagi ni. Apa kata---" Tak sempat Iman mahu menghabiskan ayatnya, aku laju saja menepuk bahunya. Tahu sangat agenda suami dia ni.

"Kalau abang nak mandi dulu, abang pergilah sorang." Aku mencebik. Tuala yang ku pegang, aku tepuk ke dadanya. Menggatal pula dia ni.

Tuala itu diambil. "Tapi abang nak sayang mandikan abang." Pintanya. Bibirnya dimuncungkan lagi.

Aku memandang geram. Ada juga aku tarik bibir dia tu buat gantung baju.

Aku mengambil tuala semula. "Kalau awak tak nak, saya mandi dulu." Badan Iman aku tolak. Malulah !

Iman tersenyum. Gurau sikit pun gelabah. Belum betul-betul lagi. Takpe next time boleh cuba lagi.

Ting!

Bunyi notifikasi membuatkan dia mencapai telefonnya. Aplikasi mesej dibuka.

Mama <3
Jangan lupa esok pergi hospital.
Mama dah buat appointment dengan Doktor Hakam.

Iman mengeluh saat membaca mesej dari mamanya. Dia perlu buat demi mama papa dan Nadiya walaupun dia tahu dia dah takde harapan lagi dah.







[Iman POV ]

SELEPAS menunaikan solat Isyak, aku dan Nadiya duduk di atas katil. Membuat hal dengan telefon masing-masing.

Aku meletakkan telefonku di tepi. Wajah isteriku dipandang. Cantik. Yang paling penting, comel. Haih, dia tak tahu bagaimana dia mahu hidup tanpa gadis ini?

"Sayang---" Panggilku manja.

Nadiya memandangku. Telefon yang dipegangnya tadi diletakkan di tepi. Kini, dia memandangku.

"Ya. Abang nak apa apa ke? Biar sayang ambilkan."

Aku menggelengkan kepala. "Abang nak sayang duduk dengan abang je."

Aku lihat Nadiya tersenyum malu. Wajahnya yang kian memerah membuatkan gadis itu bertambah comel.

Nadiya menyentuh wajahku. Lembut. Aku terkejut tapi langsung tak menghalangnya.

"Kenapa muka awak masih nampak pucat? Awak sakit ke?" Soalan itu membuatkan jantungku berdegup kencang. Inilah perkara yang takutkan sekarang.

Dia takut untuk berterus terang. Lagi-lagi kepada Nadiya.

"Ha..Taklah. Biasalah penat." Bohongku. Aku tak sanggup. Bukan hari ini. Bukan sekarang.

"Saya pun penat juga tapi tak sepucat awak pun." Balas Nadiya. Aku tersenyum hambar.

Aku mencapai tangannya. Tangannya aku genggam erat. Bibirku menyinggah ke tangan Nadiya.

Nadiya hanya memandang wajahku. Menungguku bersuara.

"Kalaulah ditakdirkan abang pergi dulu, sayang masih lagi cintakan abang ke?" Soalku. Serius.

"Apa ab..."

"Jawab soalan abang." Aku mencantas katanya. Aku serius. Biarpun aku takut tapi aku patut hadapi semua ni. Biarpun aku tahu akhirnya pasti isterinya akan mendapat pengganti yang lain.

Nadiya menyentuh wajahku lagi. Dia tersenyum.

"Mestilah. Abang dunia akhirat sayang. Abang akan jadi ayah kepada anak-anak kita nanti. Mestilah sayang kena sayang dan cintakan abang."

Aku mengeluh. Tangan dia aku lepaskan. Anak-anak? Sempat ke dia?

"Kenapa ni?" Soal Nadiya risau. Pelbagai tanda tanya yang berada di kepalanya melihat perangai suaminya.

"Tak, abang cuma tanya je. Jomlah masuk tidur." Aku tarik badannya masuk ke dalam pelukanku.

Nadiya akur. Tak mahu banyak soal. Lagipun dia juga dah ngantuk.

Aku memaksa mataku untuk tidur. Haih tapi semakin dipaksa, semakin membuatkan aku tak boleh tidur.

"Sayang---, abang tak boleh tidurlah." Aku kejut Nadiya. Nadiya yang baru saja berura-ura untuk tidur, tak jadi selepas aku memanggilnya.

"Boleh kita--" Dengan wajah tak tahu malu aku minta.

Nadiya angguk. Walaupun aku tahu dia kekok. Aku tersenyum manis memandangnya.

"Assalamualaikum, sayang."

Akhirnya malam itu terasa panjang buat pasangan suami dan isteri itu.

_________

_________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Pinjaman Cinta ✔ Where stories live. Discover now