WARNING ! My own ideas. Please do not kopipasta any part in this story !
©fatinandos
_____[ Iman POV lagi ! ]
AKU bersiap untuk keluar. Atau lebih tepat sekali ke kafe kegemaranku. Ikutkan sudah seminggu aku tak melihat Nadiya kerana kesibukan bekerja. Biasalah kerja di pejabat. Sehari tak sibuk tak sah.
Pakaianku biasa saja. Kemeja biru gelap dan jeans hitam. Jangan lupa semburkan sedikit perfume. Baru gadis idaman terpikat.
Hari ini aku akan melaksanakan rancangan yang aku reka sendiri beberapa hari yang lepas. Nota yang ditampal di ruang bilikku ditatap sebelum aku mengukirkan sebuah senyuman.
Apa? Jangan tanya kenapa simple sangat. Ni je yang aku boleh fikir hari itu memandangkan aku ada banyak kerja yang kena buat. Yang penting ada effort.
Bismillahirrahmanirahim. Go Iman! Go!
DESTINASI pertama yang ku tuju adalah kedai bunga. Aku memilih kedai bunga yang berdekatan dengan kawasan perumahanku sahaja. Aku tak tahu kenapa aku boleh terfikir untuk beli bunga. Mungkin sebab kebanyakan perempuan sukakan bunga.
"Selamat datang." Pekerja kedai bunga itu menyapa aku mesra. Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke kedai bunga ini.
Kedai bunga disini agak mesra alam dan kelihatan tenang saja. Tema kedainya juga agak menarik perhatian aku. Keseluruhan dinding dicat warna hijau rumput dan dihiasi dengan bunga-bunga yang berbeza jenis dan warna.
Aku menuju ke rak yang dipenuhi dengan bunga mawar. Aku ambil sahaja bunga mawar berwarna merah itu sebanyak 20 kuntum dan diberi kepada pekerja kedai bunga tersebut untuk dibungkus. Aku menuju ke kaunter pembayaran. Sempat lagi aku mengambil sebuah kad.
"Ada pen?" Soalku.
Pekerja kedai bunga itu mencapai sebatang pen berwarna hitam. Aku menyambut hulurannya dan mula menulis isi hati aku dengan ringkas supaya gadis bernama Nadiya mula tertarik denganku.
Done! Kad kosong itu sudah dipenuhi dengan ayat gulaku. Aku menghulurkan kad itu kepada pekerja tersebut.
"Selitkan sekali ya." Arahku. Pekerja itu mengambil huluranku.
"Untuk someone special ke?" Sapa pekerja itu ramah.
"Haah. First time buat semua ni sebenarnya." Jawabku malu-malu. Rasa diri ni tak gentleman pulak.
"Takpe. Perempuan ni senang je nak pikat sebenarnya. Tunjukkan effort je." Sempat lagi pekerja itu memberi tips kepadaku. Aku membalas dengan anggukan.
"Nah. Semuanya RM50. Kad tu akak bagi free je." Ujar pekerja berumur itu dan menggelarkan dirinya 'akak'.
Aku mengeluarkan beg dompet. Not RM50 dihulurkan kepada pekerja itu. "Terima kasih, kak."
"Sama-sama. Good luck." Aku tersenyum mekar. Suka dengan servis dan layanan yang diberi oleh pekerja di kedai bunga ni.
Aku keluar dari kedai itu. Bunga mawar berwarna merah itu ditatap. Aish, tak sabar nak berjumpa dengan Nadiya.
__________
Untuk yang masih single, nah bunga 🌹
YOU ARE READING
Pinjaman Cinta ✔
Short Story[ROMANCE|SHORT STORY #1] "terima kasih untuk kasih sayang yang awak berikan, terima kasih untuk cinta yang awak tanamkan, terima kasih untuk selama ni awak disisi saya. terima kasih Iman untuk pinjaman cinta ini..." - n ⟨Hak Milik ©fatinandos, 2020⟩...