WARNING ! My own ideas. Please do not kopipasta any part in this story !
©fatinandos
———[ Nadiya POV ]
HARI ini aku duduk rumah je memandangkan hari ini cuti. Lama jugalah aku dapat cuti kali ini disebabkan Kak Bella kena balik kampung. Kami diberikan cuti selama seminggu.
Jadi, selama seminggu ini bolehlah aku rehat sepuas-puasnya dekat atas katil. Menikmati mimpi-mimpi indah berjumpa dengan sang raja. Lah tiber.
Aku berjalan menuju ke dapur. Mana tahu ada makanan boleh melantak depan televisyen. Aku nampak setandan pisang di atas meja. Mesti ayah yang bawa balik dari kebun. Aku mengambil sebiji.
Aku menatap kulit pisang yang ku pegang. Aku teringat Iman pernah cakap badan aku macam kulit pisang. Aku tergelak sendiri.
Macam mana lah aku boleh teringat stranger yang tiba-tiba nak jadi kawan aku ni. Dah lama tak berhubung dengan dia. Di awal perkenalan sahaja kisah kami rancak, lama-lama kami berdua juga sibuk dengan hal masing-masing.
"Diya!"
Lamunanku tentang kulit pisang terhenti setelah ada suara seseorang menyapa telingaku. Segera mataku menoleh.
"Iye, bu. Terkejut Diya tau."
"Yang kamu termenung pandang kulit pisang tu dah kenapa?" Soal ibu aku hairan. Pelik dengan perangai aku.
"Takde papelah." Nafiku. Kulit pisang aku buang ke dalam tong sampah.
Aku menatap ibu yang sedang bersiap dihadapan cermin. Lawa pula Puan Sarah kita hari ini. Selalunya pakai baju t-shirt dengan kain batik je.
"Ni ibu pakai cantik-cantik ni nak pergi mana?" Tegurku.
"Tak pergi mana pun. Kawan ibu nak datang kejap lagi. Katanya nak melawat ibu." Ujar ibu. Aku meng'oh'kan.
"Alang alang kamu ada dekat rumah ni, tolong ibu belikan pisang goreng dekat warung Pak Leman tu. Ibu nak hidangkan untuk tetamu." Arah ibu. Aku mengeluh. Ini yang malas ni.
"Paan mana? Diya malaslah nak keluar."
"Ada tuisyen dekat balai raya. Dia tu dah nak SPM, kenalah wek..wek.. wek apa tu?" Ibu menggarukan kepala.
"Work hardlah ibu. Ibu ni wek wek tu apa?" Aku tergelak mendengar ibuku yang kurang fasih berbahasa inggeris. Biasalah duduk pun terperuk je dekat kampung ni.
"Ha yang tulah. Apa-apa jelah. Dah pergilah. Nanti habis pula. Pisang goreng Pak Leman tu bukan boleh. Cepat je licin." Halau ibu.
"Ha yelah." Aku sebagai anak yang solehah hanya akur. Aku mengambil kunci motor dan keluar.
"Hati-hati bawa motor tu. Jangan bawa sampai masuk parit." Pesan ibu lalu meletuskan tawanya. Puan Sarah ni kalau nak kenakan orang balik memang nombor satu.
"Takyah ungkitlah, bu. Orang dah ada lesenlah." Aku bengang bila ibu ungkit balik. Haih takpe ibu kan.
SAMPAI sahaja di warung Pak Leman, aku segera memakirkan motorku. Aku berjalan menuju ke arah Pak Leman. Aku lihat warung Pak Leman tak sesak dengan pelanggan. Selalunya penuh sampai kena beratur. Rezeki aku lah harini.
Warung Pak Leman ni memang terkenal dengan pisang goreng yang Mak Leha buatkan. Tak tahulah bahan apa yang digunakan tapi sumpah sedap dan rangup tau. Tak kira lelaki atau perempuan mesti berebut pisang goreng dekat warung Pak Leman ni.
YOU ARE READING
Pinjaman Cinta ✔
Short Story[ROMANCE|SHORT STORY #1] "terima kasih untuk kasih sayang yang awak berikan, terima kasih untuk cinta yang awak tanamkan, terima kasih untuk selama ni awak disisi saya. terima kasih Iman untuk pinjaman cinta ini..." - n ⟨Hak Milik ©fatinandos, 2020⟩...