WARNING ! My own ideas. Please do not copy any part in this story !
©fatinandos
———[ Nadiya POV ]
SUASANA malam itu kelihatan sangat indah sekali. Langit yang kelihatan mendung seakan mengerti perasaanku. Sesekali deruan angin datang menyapa wajahku.
Petang tadi alhamdullilah majlis pengebumian Iman berjalan dengan sempurna. Cuaca juga memainkan peranan yang baik pada petang itu.
Aku bersyukur sangat kerana ramai sepupu dan rakan-rakan Iman yang datang bagi mengusung jenazah. Aku jadi tersentuh kerana dia disayangi oleh semua orang di sekelilingnya.
Tok! Tok! Tok!
Ketukan pintu bilik menyentakkanku. Aku segera menoleh ke arah bunyi ketukan itu. "Ini mama ni." Suara itu lantas menyapa telingaku.
Aku menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipulas. Terpampam wajah mama di hadapanku.
"Ada apa ni mama?" Soalku lembut. Aku melihat mama memegang sebuah kotak yang aku rasa saiznya agak besar. Letak apa dalam tu? Katak gergasi ke? Ke lipas gergasi? Pelik pelik jelah imaginasi kau ni Diya.
"Boleh mama masuk?" Pintanya dengan senyuman di bibir. Walaupun kelihatan mata mama sembap kerana menangis tak henti tadi tapi dia masih tersenyum gah dihadapanku.
"Eh boleh. Masuklah." Jemputku.
Mama berjalan masuk dan meneliti setiap ruang bilik aku dan Iman. Setelah itu mama duduk di birai katil. Aku yang di belakang membontoti saja langkahnya.
"Cantikkan bilik ni?" Soal mama sambil merenungku. Aku anggukkan kepala. Memang cantik pun. Corak cadar katil dan warna cat dinding bilik ni memang mengikut cita rasa aku. Tak lupa juga hiasan-hiasan di dinding yang melengkapkan kecantikan bilik ini.
"Kalau nak tahu, bilik ni Iman sendiri yang decorate. Dia kata bunga mawar ni bunga first dia bagi dekat Diya dulu. Cat ni pula, dia kata Diya suka warna yang lembut."
Mendengarnya dari mulut mama membuatkan aku terharu. Iman yang decor? Aku seakan tak percaya. Selama aku duduk di dalam bilik ini aku hanya fikirkan ia satu kebetulan.
Dalam hati aku sudah mengeluh kesal. Jasa awak kepada saya terlalu banyak, Iman. Tapi Allah pinjamkan awak kepada saya untuk sementara je.
Aku terkejut saat tangan kananku digenggam oleh tangan mama yang lembut. Bukan kerana jarang membuat kerja rumah, mungkin kerana itu adalah tangan seorang ibu. Aku memandang wajah mama yang kelihatan sayu.
"Mama menyesal sangat bila mama tak bagi sepenuh perhatian pada dia masa tu. Mama sibuk dengan persiapan sampai dia nak berbual dengan mama pun tak sempat." Mama mengalirkan air matanya.
Aku menahan sebak saat wanita tua dihadapanku meluahkan isi hatinya. Aku cuba menenangkan mama dengan menggosok perlahan belakang badannya.
"Tapi mama reda dengan pemergian dia. Dia pergi dengan cara yang baik. Dia pergi lepas dia minta maaf dengan semua orang. Mama reda sebab Allah lebih sayangkan Iman."
Aku anggukkan kepala perlahan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh mama. Sebelum pembedahan ramai kawan Iman dari zaman sekolah hingga zaman universiti datang melawatnya. Aku menjadi saksi apabila Iman meminta maaf kepada semua orang yang melawatnya.
"Maaflah mama teremo sikit." Mama mengesat air matanya. Kotak yang diletakkan di tepinya diambil.
"Mama datang sini sebab nak bagi Diya kotak ni. Mama rasa ni untuk Diya." Mama menghulurkan kotak itu kepadaku. Aku mengambil huluran itu dengan penuh tanda tanya.
YOU ARE READING
Pinjaman Cinta ✔
Short Story[ROMANCE|SHORT STORY #1] "terima kasih untuk kasih sayang yang awak berikan, terima kasih untuk cinta yang awak tanamkan, terima kasih untuk selama ni awak disisi saya. terima kasih Iman untuk pinjaman cinta ini..." - n ⟨Hak Milik ©fatinandos, 2020⟩...