Part 4

15K 42 0
                                    

"Assalamualaikum...", Aisy bergegas membuka pintu apabila dia mendengar salam itu.

"Waalaikumusalam, abang", Aisy menjawab salam dengan penuh ceria dan menghulurkan tangannya tanda ingin mencium tangan suaminya. Suaminya memberikan senyuman yang sugul dan menyambut huluran Aisy lalu dahi Aisy dicium lembut.

Tanpa membuang masa, suami Aisy membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah. Aisy menutup pintu dan membuntuti suaminya dengan perasaan yang aneh. Kenapa wajah suaminya muram begitu?

"Abang dah makan kan?", tanya Aisy lembut sebelum melangkah masuk ke dalam bilik mereka.

Suaminya menarik Aisy lalu dicium rakus bibir Aisy. Aisy yang terkejut dengan tindakan suaminya, hampir sahaja terjelepok jatuh namun mujur sahaja pegangan suaminnya kuat.

Puas mengerjakan bibir Aisy, suaminya menekap dahinya pada dahi Aisy sambil memejamkan matanya. Aisy mengambil kesempatan ini untuk mengambil semula nafasnya.

Selepas beberapa saat, suaminya melepaskan Aisy dan terbaring malas di atas katil dan melepaskan keluhan yang berat. Rasanya Aisy tahu mnegapa suaminya bersikap begini. Ini mungkin ada kena mengena dengan panggilan pagi tadi.

Tanpa membuang masa, Aisy melangkah ke arah suaminya dan mengusap lembut dada suaminya.

"Aisy bukakan tie ya?", soal Aisy lembut dan hanya dibalas dengan anggukan lemah sahaja. Aisy membuka tali leher dan mencabut stokin suaminya. Suaminya masih lagi sebegitu rupanya, letih dan muram.

Aisy mendekati wajah suaminya dan mencium lembut pipi kanan dan pipi kiri suaminya.

"Abang...", panggil Aisy.

"Ermm?", jawab suaminya.

"What can I do for you to make you happy?", soal Aisy sambil mengusap perlahan pipi suaminya. Muka suaminya bersandar pada tangan Aisy yang sudap mengusap mukanya.

"Pinjam paha sayang", jawab suaminya lemah. Aisy menepuk perlahan pahanya. Suaminya terus meletakkan kepala di atas paha Aisy dan Aisy mengusap lembut rambut suaminya. Selang beberapa minit, suaminya tertidur di dalam pangkuan  Aisy. Aisy tersenyum melihat muka suaminya yang keletihan.

Aisy meletakkan kepala suaminya di atas bantal. Dia membuka butang baju kemeja suaminya satu per satu kerana dia ingin menukar pakaian suaminya kepada pakaian yang lebih selesa.

Belum pun sempat semua butang dibuka, suaminya menarik Aisy untuk turut serta baring dan dia menekap mukanya di dada Aisy.

"Abang, tukar baju dulu, nak? Baru selesa nak tidur.", ujar Aisy.

"Taknakkk...", Suaminya merengek di dada Aisy dan memeluk Aisy dengan lebih erat lagi. Aisy yang tidak tahu untuk melakukan apa-apa, hanya membiarkan sahaja suaminya berkelakuan begini. Rambut suaminya diusap lembut sehinggalah mereka berdua tertidur.

Take me to heavenWhere stories live. Discover now