"abanggg...", Aisy merengek pada suaminya. Masa itu, dia baru selesai mandi wajib dan melihat suaminya sedang duduk di tepi meja kecil dengan hanya melilit tuala di pinggangnya.
"Ya sayang?", Suaminya menjongketkan kening.
"Breakfast tu, dah sejuklah. Janganlah makan. Nanti Aisy masakkan yang lain untuk abang", kata Aisy pada suaminya yang sedang menjamah roti dan telur yang diletakkan di atas meja kecil.
"Takpelah, sayang. Sejuk-sejuk pun sedap je", ujar suaminya yang ingin bangun dan melangkah ke tandas untuk membersihkan diri.
Tanpa membuang masa, Aisy terus memakai baju, mengerjakan solat zohor dan membawa turun dulang ke dapur.
Dia membawa keluar ayam dan sayur dan diletakkan ke dalam singki. Melihatkan bahan-bahan yang ada, dia fikir untuk masak ayam masak butter dan sayur campur goreng.
Sedang ligat dia memotong sayur, tubuhnya didakap erat dari belakang dan ubun-ubunnya dicium penuh kasih. Pada mulanya, Aisy tersentak sedikit namun dia berjaya mengawal reaksinya.
"Sayang nak masak apa?", soal suaminya.
"Aisy ingat nak masak ayam butter dan sayur campur goreng.", Ujar Aisy sambil membasuh sayur-sayur yang dipotongnya tadi.
"Wah! My favourite!", ujar suaminya dengan penuh teruja sambil mengeratkan lagi dakapannya. Aisy hanya tersenyum sahaja.
Selesai memotong dan membasuh bahan masakannya, dia pusingkan badannya ke belakang.
"Abanggg... Tepilah, ayang nak masak ni...", Rengek Aisy sambil menolak lembut tubuh suaminya.
"Nope, kiss me first.", kata suaminya sambil menghala mulut mendekati Aisy. Aisy tersipu malu melihat telatah suaminya.
"Sayang ni... Kalau atas katil, tak ada pun malu-malu macam ni. Kalau kat tempat lain, malu aja taunya. Geramm...", kata suaminya dan terus mencium mulut Aisy.
Seusai dia puas mengerjakan mulut Aisy, dia melepaskan Aisy dan tersenyum bahagia. Aisy tersandar ke singki dan tercungap-cungap mengambil nafas.
Dia pun menyambung kembali pekerjaaannya yang tergendala sebentar tadi.
______________________________________"Abanggg... Aisy, dah siap masak. Jom, makan.", pelawa Aisy kepada suaminya yang sedang tekun menyiapkan pelan yang Aisy sendiri pun tidak faham. Suami Aisy seorang arkitek, jadi mereka bersetuju untuk membuat sebuah bilik yang sememangnya dikhaskan untuk suaminya membuat kerja sahaja. Sudut untuk Aisy juga sudah disediakan tetapi hanya ruang kecil sahaja berbanding dengan ruang suaminya kerana Aisy hanya perlukan sebuah komputer dan rak buku sahaja.
"Abang...", Aisy melangkah masuk ke dalam bilik suaminya apabila pelawaannya tadi tidak berbalas dan menepuk perlahan bahu suaminya itu. Suaminya sedikit tersentak namun tersenyum bahagia apabila melihat muka Aisy.
"Makan...", pelawa Aisy sekali lagi. Suaminya mengangguk sambil tersenyum. Mereka berdua keluar daripada bilik itu dan menuju ke dapur sambil berpegangan tangan.

YOU ARE READING
Take me to heaven
Romansajust a story about husband and wife. Cerita ni fantasi dalam kepala sahaja. Tiada kaitan dengan hidup atau mati. Geram sbb duk baca suami curang, isteri curang, last² aku tulis cerita aku sendiri pasal kemanisan bersuami isteri. Mungkin ada sedikit...