"Aisy-Aisy, bangun sayang... Badan Aisy panas sangat ni.", Akif mengejut Aisy dari tidur. Patutlah Akif terasa begitu panas apabila dia memeluk Aisy, rupa-rupanya Aisy demam. Aisy menggeleng perlahan sambil menarik selimut untuk menutupi badannya.
Akif memicit dahinya. Tidurnya terganggu kerana risau dengan keadaan Aisy namun Aisy pula tidak mahu beri kerjasama untuk meredakan panas demamnya itu.
Tanpa membuang masa, Akif mencempung badan Aisy dan meletakkan Aisy di tab mandi. Mujur sahaja Aisy tidak memakai apa-apa, jadi senanglah kerja Akif untuk mandikan Aisy. Akif pula hanya memakai seluar sahaja, jadi tak perlulah dia risau jika dia kebasahan. Mungkin badan Aisy terkejut dengan 'aktiviti' baru Akif sebentar tadi, sebab itulah suhu badannya naik sehingga panas begini. Lagi-lagi ditambah pula dengan suhu aircond yang tinggi.
Aisy memegang seluar Akif kerana kepalanya terlalu pening. Akif memegang bahu Aisy dan perlahan-lahan mencurah air ke badan Aisy.
"Sayang, abang nak basahkan kepala ni. Dongak sikit.", Aisy menuruti arahan Akif. Kepalanya didongakkan sedikit bagi memudahkan kerja Akif. Dia memandang muka suaminya dengan pandangan yang kuyu.
Selesai memandikan Aisy, Akif membaluti Aisy dengan tuala dan meletakkan Aisy di atas singki tandas. Dia mengambil tuala lagi satu untuk mengeringkan dan menyikat rambut Aisy. Dia mengambil alat pengesan suhu lalu dimasukkan ke dalam mulut Aisy. Selepas beberapa saat, dia mengeluarkan alat itu dan membaca suhu pada skrin yang terpapar dan ia menunjukkan bacaan 39°c.
Akif memandang wajah isterinya. Raut muka Aisy kelihatan kuyu dan tidak bermaya. Akif mencium perlahan dahi isterinya dan dia mencempung Aisy keluar daripada tandas dan meletakkan Aisy di atas katil. Dia mengeluarkan pijama lengan panjang dan diberikan kepada Aisy.
"Taknak pakai ni. Nak baju abang.", pinta Aisy kepada suaminya dengan nada yang perlahan. Akif membuka almarinya dan mengambil bajunya lau diberikan kepada isterinya.
Aisy menyarungkan baju suaminya namun baju suaminya besar sehingga baju itu jatuh sebelah menampakkan bahu Aisy yang putih gebu itu. Akif tersenyum melihat kecomelan isterinya itu.
"Sayang tunggu kejap ya, abang ambil panadol dan air.", kata suaminya sebelum berlalu ke dapur. Namun Aisy segera menarik tangan suaminya.
"Taknak makan ubat.", ujar Aisy perlahan.
"Tak bolehlah macam tu. Macam mana demam nak kebah kalau tak makan ubat?", pujuk Akif. Aisy menunduk lemah.
"Tapi... Aisy tak reti telan panadol.", ujar Aisy. Hati Akif berasa kasihan melihat keadaan isterinya.
"Aisy... Macam nilah, abang potong kecil-kecil ya? Senang Aisy nak telan.", pujuk suaminya lagi. Akhirnya, Aisy mengangguk lemah dan Akif segera turun ke dapur untuk mengambil panadol dan segelas air.
Apabila dia sampai di bilik mereka, dia melihat Aisy terbaring layu di hujung katil.
"Sayang...", panggil Akif sambil menggosok perlahan bahu Aisy. Aisy bangun perlahan-lahan dan menyandarkan kepalanya di bahu Akif.
"Ni, abang dah potong kecil-kecil. Makan ya?", pujuk Akif seperti sedang memujuk budak kecil.
Aisy mengambil gelas daripada tangan Akif dan meneguk sedikit air untuk basahkan tekaknya. Lalu dia mengambil sebelah panadol yang telah dipotong dan diletakkan dihujung mulutnya. Tanpa membuang masa, dia meneguk air untuk mengalirkan ubat itu masuk ke dalam tekaknya.
Percubaan pertama untuk menelan ubat itu gagal dan dia hampir-hampir ingin memuntahkan kembali ubat itu namun Akif memaksanya untuk meneguk lagi air sehingga ubat itu berjaya ditelan. Aisy tercungap-cungap setelah menghabiskan secawan air untuk menelah sebelah panadol. Bajunya sedikit basah kerana air tertumpah ke bajunya.
"Taknak makan ubat dah... Tak larat...", Aisy merengek perlahan dan memberikan gelas kosong kepada suaminya. Aisy merangkak kepala katil dan merebahkan badannya kerana kepenatan. Akif melepaskan keluhan perlahan. Salah dia juga kerana terlalu berlebihan melakukan 'hobi'nya itu. Mujur sahaja dia cuti pada hari esok, jadi dapatlah dia menjaga Aisy.
Gelas kosong diletakkan di meja lampu dan dia mengambil selimut lalu menutupi seluruh tubuh isterinya dan bagi menghangatkan lagi tubuh isterinya, dia memeluk erat badan kecil isterinya itu. Aisy membenamkan wajahnya ke dada Akif dan dia mencium lembut dada suaminya. Akif balas semula ciuman Aisy dengan memberikan dua ciuman di kepala Aisy.
YOU ARE READING
Take me to heaven
Romansajust a story about husband and wife. Cerita ni fantasi dalam kepala sahaja. Tiada kaitan dengan hidup atau mati. Geram sbb duk baca suami curang, isteri curang, last² aku tulis cerita aku sendiri pasal kemanisan bersuami isteri. Mungkin ada sedikit...