Part 7

11.7K 40 0
                                    

Aisy tersentak apabila badannya dipeluk dari belakang. Dia memusingkan badan dan melepaskan nafas lega apabila mengetahui suaminya yang memeluk dirinya.

"Abang bagi salam tapi tak ada orang menyahut pun. Ingatkan Aisy tidur lagi.", kata suaminya sambil mengucup dahi Aisy.

"Aisy minta maaf. Ralit sangat memasak sampai tak sedar abang dah balik.", ujar Aisy sambil menyalam tangan suaminya.

"Abang duduklah dulu. Sikit lagi nak siap ni.", kata Aisy sambil mengangkat penutup periuk dan mengacau gulai ayam di dalamnya.

"Tak apalah, abang tolong ya.", kata suaminya.

"Tak apa ke? Nanti abang letih pulak.", Aisy gusar.

"Tak ada apalah sayang. Tolong bukakan tie dan baju abang. Takut kotor kena kuah nanti.", arah suaminya. Tanpa membuang masa, Aisy melakukan apa yang diarahkan dan berlalu ke bilik sebentar untuk menggantung tali leher dan pakaian suaminya.

Apabila dia sampai sahaja di meja makan, nasi dan air sudahpun terhidang. Yang tinggal hanyalah lauk sahaja yang masih belum diceduk. Aisy ke dapur untuk melihat jika ubi sudahpun empuk. Hari ini dia masak gulai ayam, telur dadar ditambah mayonis dan sayur campur.

"Ayang, epal hijau ke epal merah?", soal suaminya yang sedang melihat ke dalam peti ais. Sememangnya sudah menjadi tabiat, mereka akan menjamah buah terlebih dahulu sebelum makan makanan yang berat.

"Ermm... Bothlah tapi kurangkan epal hijau. Takut masam-masam nanti, tak ada selera pulak nak makan", pesan Aisy. Suaminya hanya mengangguk dan mengambil dua buah epal merah dan sebiji epal hijau lalu dibawakan ke singki untuk dibersihkan dan dipotong dadu.

Apabila ubi sudahpun empuk, Aisy segera hidang lauk gulai ayam di meja makan. Sebelum makan, mereka baca doa makan dan mula makan buah terlebih dahulu.

"Abang tengok buah dalam peti ais dah habis", kata suaminya yang sedang mencedok kuah ke dalam pinggan Aisy.

"Ha'ah, lupa nak bagitau abang", kata Aisy.

"Tak apa, nanti abang belikan. Ohh ya, lupa nak bagitau, be prepared for tonight", pesan suaminya sambil mengenyitkan matanya. Mata Aisy membulat apabila mendengar kata-kata suaminya. Dia tidak inin berkata apa-apa kerana sudah tau dengan perangai suaminya. Nasi yang ditelannya terasa kelat. Suaminya menggenggam tangan Aisy bagi menghilangkan kegusarannya.

Take me to heavenWhere stories live. Discover now