Sakit kan bila kita masih mencintai insan yang telah tiada di dalam hidup. Terasa diri dipenjara, terikat dengan sesuatu yang sering membelenggu diri. Sukar, sungguh sukar untuk seseorang itu mencari pengganti apabila cinta kau pada si dia sungguh dalam. Teringat, bahawa dia sering mengisi hati dengan gelak tawa, tidak terucapkan oleh kata, hanya jiwa yang merasainya. Suaranya, gelagatnya sentiasa bermain - main di dalam fikiran. Kadangkala diri ini tumpas untuk cuba melupakan dia. Diri ini masih tidak mampu apabila hati masih kekal berada pada si dia. Lafaz cinta yang sentiasa dikeluarkan oleh si dia sentiasa menimbulkan rasa pedih yang tidak tertahan. Betapa diri ini rindu akan si dia, rindu dirinya yang sentiasa bertakhta di dalam hati.
Kini, jauh dia pergi tinggalkan ku di sini. Seorang insan yang menjadi teman sejati, pelindung hidup, penawar segala keresahan diri ini. Ku sentiasa merasakan yang dia berada di sini bersamaku untuk meneruskan sebuah perjuangan. Cinta aku dan dia tidak akan pernah pudar, walaupun Allah telah mengambil jasadnya terlebih dahulu. Izinkan hati ini untuk terus mencintai dan mencintaimu. Sesungguhnya, tiada pengganti dirimu di dalam hati. Biarpun ribut datang melanda, namamu sentiasa terpahat di hati. Berulang kali ku cuba untuk mencari insan yang bergelar suami, tetapi mereka tidak sepertimu, mereka tidak menjagaku seperti engkau menjagaku. Dirimu bagaikan permata yang bersinar, terlalu istimewa, terlalu indah. Mungkin ini sebabnya Allah memilih dirimu. Wajahmu masih terbayang - bayang di hadapanku, sehingga suatu saat, air mata mengalir kerana terlalu merindukanmu. Orang yang pernah merasainya sahaja yang akan faham erti kesedihan sebenar apabila kehilangan insan yang dia cintai.
Tidak kiralah sesiapa pun, jika kita kehilangan orang yang kita sayang, yang rapat sangat dengan kita. Tidak mudah untuk kita lupakan segala memori yang telah tercipta. Sungguh berat untuk diri ini menerima takdir, namun aku harus akur akan ketentuan yang diberi. "Rehatlah awak, saya di sini akan tetap mendoakan awak dan menjadi kekasih abadi awak".-14 JANUARY 2020-
NIIM
YOU ARE READING
KATA HATI
PoetryMencintai seorang Adam belum tentu selamanya milik seorang Hawa. Cinta memerlukan pengorbanan, walaupun perit untuk menggapai sebuah kebahagiaan.