Jangan pernah kita menilai seseorang itu daripada luaran sahaja. Mungkin hatinya jauh lebih baik daripada kita.
Ada insan yang diuji dengan kekayaan tetapi miskin amalan, miskin budi.
Ada insan diuji dengan kemiskinan tetapi dapat hidup dengan akhlaknya yang terpuji.
Setiap insan Allah uji dengan ujian yang berbeza - beza. Kadangkala manusia juga boleh menjadi terlalu sombong dengan apa yang mereka ada sedangkan semua itu tidak menjamin kebahagiaan mereka.
Beli rumah besar, beli kereta mewah, beli beg yang mahal - mahal. Yes, semua itu langsung tak salah sama sekali, tapi buat apa kalau kaya tapi solat ditinggalkan? Buat apa kalau kaya tapi tak pernah sentuh sejadah? Buat apa kalau kaya tapi tak pernah menginfakkan harta mereka? Buat apa kalau kaya tapi tak mampu nak bayar zakat?
Bila kita dapat lihat dunia pada harini, masing - masing mementingkan diri sendiri. Kejar duniawi sehingga lupa yang ilahi.
Kini, solat dipermainkan, sementelah lagi agama sendiri. Kita harus ingat bahawa, kalau hidup ni kita tinggalkan solat, memang semuanya jadi tak sempurna. Solat ni merupakan tiang agama, wajib kita lakukan.
Ada yang kata, "aku tak solat pun tapi aku pandai", "walaupun aku tak solat tapi aku tetap kaya"
Ingatlah dunia ni hanya sementara. Mungkin Allah beri nikmat kamu di dunia, tapi bukan di akhirat. Solat ni penting sangat dalam hidup tapi tetap ada manusia yang pandang remeh terhadap perkara ini.
Kalau kita jaga solat, Allah permudahkan hidup kita, Allah akan tunjukkan jalan yang lurus buat kita.
Walau teruk mana pun ujian yang kita dapat, ingat Allah sentiasa ada, perhatikan gerak geri kita. Setiap kesedihan, dialah penawarnya.
Banyak mana pun dosa yang kita buat, ingatlah Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Sentiasalah minta dengan Allah supaya dihapuskan dosa masa lampau. InsyaAllah, kalau kita jaga solat, hidup kita akan tenang sentiasa.
Peringatan untuk semua dan diri saya juga.
-18 JANUARY 2020-
NIIM
YOU ARE READING
KATA HATI
PoetryMencintai seorang Adam belum tentu selamanya milik seorang Hawa. Cinta memerlukan pengorbanan, walaupun perit untuk menggapai sebuah kebahagiaan.