"Arabella Luisa!!!"

4.8K 198 5
                                    

Bunyi pancuran air mandian dari bilik persalinan pelajar lelaki diselangi dengan suara nyanyian dan perbualan kedengaran bergema dalam ruangan itu.

Ketika pelajar-pelajar lelaki di dalam ruangan itu sibuk mandi dan bersiap selepas luangkan masa di kelas PE dan latihan futsal tadi, muncul seseorang dengan kamera di tangan terhendap-hendap di celah lokar dan tembok dinding seperti stalker.

Beberapa klik kedengaran sewaktu kamera itu terarah pada mereka yang sedang bertuala dan berdiri menghadap pintu lokar masing-masing tidak berbaju. Orang itu mengambil beberapa gambar mereka.

Ketika seorang dari pelajar lelaki di situ tunduk hendak menyarung boxer ke kaki, lelaki itu ternampak orang tersebut di tepi tembok dengam kamera. Lantas dengan mata terbutang luas dan kening terangkat, lelaki itu terus berdiri tegak.

"HOI!!"bentak lelaki itu yang menarik perhatian beberapa orang yang lain di sekitar. Dia menunding jari ke arah stalker itu.

"Oh sh*t!"sebutnya setelah kehadirannya di ketahui. Dengan muka tak bersalah dia tersengih di balik kameranya lalu menekan butang shutter beberapa kali sebelum turunkan kamera itu ke bawah.

Mujurlah ia tergantung dekat leher, kalau tidak mahunya terlepas pegang dan jatuh dekat situ jugak lepas lelaki-lelaki yang berbadan sasa dan berperut six pack berpaling memandangnya. Dengan sengih kerang busuk tak bersalah di bibir, dia pandang lelaki-lelaki di situ.

"What the h*ll?"seorang pelajar lelaki yang baru keluar dari tempat mandi itu cepat-cepat masuk semula kerana terkejut.

"Heheh...Okay..time to go!"maklumnya sewaktu lelaki-lelaki dekat situ termangu sebab terkejut.

Setelah mereka sober dari terkejut masing-masing, dengan serentak mereka melaung namanya.

"Arabella Luisa!!!!!"teriak mereka yang ada di dalam bilik persalinan itu.

Pintu itu terbuka ke luar dan seorang pelajar perempuan berlari keluar sambil memegang kamera Canon di tangan. Ketawa terkekek sewaktu menoleh ke belakang.

"Berhenti dekat situ sekarang!!!"laung mereka dalam keadaan bertuala dan berseluar tapi tidak berbaju.

Gadis itu berpaling ke belakang semasa berlari.
"Thanks untuk gambarnya!"laung dia sambil melambai tangan ke arah mereka.

Setelah menjauh dari lokasi kejadian, Miss Stalker itu kemudiannya menuruni tangga, tunduk memeriksa gambar yang diambil sewaktu dia menyorok di bilik persalinan tadi.

Gambar-gambar itu di ambil untuk pemasaran kelab majalahnya. Sebab itu dia mengambil beberapa gambar badan pelajar lelaki kelab bola sepak akademi.

Bukannya mereka barai dan tidak mempunyai susuk tubuh yang menarik, malah baginya mereka adalah pelajar lelaki yang paling top standard jika di bandingkan dengan lelaki lain.

Tak tahu lah kenapa pelajar perempuan dekat sini langsung tak ada hati pada mana-mana lelaki dalam akademi ni. Mereka kacak kot!Tak nampak ke?

Tapi masalah sekarang bukan pelajar perempuan sebenarnya.

Tak kiralah sekacak mana sekalipun pelajar lelaki dekat sini, sekaya mana pun mereka, sepandai mana sekalipun pelajar lelaki Akademi Crimson High ni, tiada seorang pun pelajar perempuan yang meminati mereka apa lagi berpeluang untuk mendekati mereka.

Semua ini kerana THIS FREAKING WEIRD MOTHERFUDGING undang-undang merepek tak masuk akal yang ditetapkan dalam akademi ni.

Disebabkan peraturan tak masuk akal ni la, tak kiralah dia ngurat atau try ambil hati mana-mana pelajar lelaki dekat sini, keputusannya tetap sama. Dia akan dihukum dan pelajar lelaki itu akan dibuang belajar dari akademi ini.

Hanya kerana satu undang-undang yang dicipta oleh ketua pelajar akademi ini.

Peraturan dimana pelajar lelaki dilarang sama sekali mempunyai sebarang hubungan dengan mana-mana penuntut perempuan di akademi ini.

Sekiranya ada yang melanggar peraturan ini maka mereka akan dibuang serta merta dari akademi ini. Sebab itu sampai sekarang Bella tak boleh nak ambil risiko untuk bercinta dengan mana-mana pelajar lelaki dalam kolej ni.

What a pain in the neck!

Malah dekan sendiri tidak dapat menidakkan peraturan ni. Ditambahkan lagi yang menguatkuasakan peraturan ini pula adalah anak kepada pemilik tunggal akademi ini...lagi la tak boleh nak cakap apa.

Bukannya apa, disebabkan peraturan merepek tu la budak lelaki bersikap dingin dan serius terhadap pelajar perempuan!

Apa jenis peraturan pun dia sendiri tidak faham. Apa yang dia faham. Lelaki sememangnya rumit.

Terutama sekali Mr. Complicated tu.

6. Miss Stalker Dan Misteri GuyWhere stories live. Discover now