"Ada sesuatu yang aku tak tahu tentang Villius ke?"

1.6K 132 0
                                    

Sejurus sahaja pulang ke rumah, Bella disambut Yuta di ruang tamu. Lelaki itu yang sudah buat rumahnya seperti rumah sendiri duduk lepak bersama papa Bella menonton televisyen.

Aron menyambut Yuta sambil berjabat tangan dan beri bro hug pada Yuta sebelum pamit diri untuk balik. Belum sempat Bella nak lepaskan nafas lega, Yuta pula mengheret dia keluar dari rumah temankan lelaki tu keluar untuk makan lewat malam.

Bunyi klik kamera kedengaran beberapa kali membuatkan lelaki yang duduk bersilang tangan menghadap orang yang sejak tadi selfie makanan, bercemberut.

"Dah lah tu makan makanan kau tu, sejuk dah tu..."keluh Yuta yang menarik tangan Bella yang memegang telefon. Jengkel dengan keadaan itu. "Perempuan memang suka macam ni eh?"

Bella menarik tangannya dari di pegang Yuta. Kacau betul! Dia pandang skrin telefonnya dengan sengih lebar. Post gambar makanan itu pada instagramnya. Lalu menulis caption, 'makan lewat malam bersama' lalu butang post di tekan sebelum kembali fokus ke makanannya.

"Sabarlah bising jer tahunya..."Bella menarik muncung.

Yuta menggeleng kepala lalu menyuapkan kek aiskrim strawberi ke dalam mulutnya sehingga penuh. Rasa sejuk yang enak menjalar di seluruh tekaknya sebaik sahaja makanan itu masuk ke dalam mulut.

Bella memandang Yuta semasa menghirup minuman teh halia sebelum perasan tepi mulut lelaki itu yang comot lalu menghulur tangan untuk membersihkannya. Palitan aiskrim ditepi bibir Yita diseka dengan ibu jari sebelum dijilat dengan selamba.

"So macam mana dengan pelan kau?Menjadi tak?"tanya Yuta sambil mengunyah.

"Urm..."Bella berjeda pendek."Tak tahulah wei aku tak nampak apa-apa perubahan pun dekat budak kelas kita...kau sendiri nampakkan masih perang dingin..."

Yuta bersandar, dia memandang keluar cermin kedai aiskrim yang menghala jalan raya. Melihat kereta yang lalu lalang pada malam itu.
"Kalau macam tu kau ada pelan baru ke?Selain buatkan Villius jatuh cinta dekat kau?"

"Of course..ni Bella la. Nama aku bukan Bella kalau tak ada back up plan. Tapi Itulah masalahnya..., tak kira macam mana sekalipun aku layan dia sweet dan berlagak comel secomelnya lelaki tu tak hairan dengan aku...masih batu! Pelik..dia lurus atau tak sebenarnya?"tanya Bella dengan selamba.

Mata Yuta terbutang luas seketika sebaik mendengarnya.

"Kau ni..cakap tu cover sikit tak boleh ke? Main lepas jer bercakap dia luruslah dan aku pasti ada sebab kenapa dia bersikap dingin macam tu...biasanya trauma atau masa lampau yang buatkan dia tak suka dekat perempuan?"

"Macam apa?"tanya Bella sambik menyuap sesudu penuh kek aiskrim strawberi kedalam mulut sehingga kembang pipinya.

"Macam kena tinggal dengan perempuan? Ditipu?Di curang kita tak tahukan. Better kau tanya sendiri dekat dia. Kalau tak mananya dia nak buat undang-undang tu."aju Yuta.

Bella yang dengar tersenyum nipis. Dia kecilkan mata dan pandan curiga ke Yuta.

"Ada sesuatu yang aku tak tahu tentang Villius ke?"tanya Bella ingin tahu.

Yuta kembali makan keknya.

"Mana ada.."jawab Yuta. "Kalau ada pun..itu hak dia untuk ceritakannya sendiri..."

"Kau sure?Kenapa aku rasa ada sesuatu yang kau sembunyikan dari aku?"Bella pandang curiga ke Yuta.

Yuta buat muka blur, buat tak tahu apa yang Bella maksudkan.

Bella melepaskan keluhan bila Yuta tidak menghiraukan dia. Otak bijaknya waktu ni tengah sibuk merangka rancangan baru macam mana nak eratkan jurang pelajar lelaki dan perempuan di akademinya.

"Oh ya...gambar tadi ada muka aku ke?"Yuta memandang terkejut ke Bella.

Bella tersentak kecil lalu menjungkit kening."Tak...Cuma tangan kau jer..."jawab Bella sambil mengunyah.

"Jangan bagi orang lain nampak kecoh pula nanti majlis pelajar aku juga yang kena..."

Bella hanya membuat muka menyampah. Entah bila la peraturan ni nak mansuh. Tak boleh nak enjoy hidup betul la!

6. Miss Stalker Dan Misteri GuyWhere stories live. Discover now