Flashback 4

1.7K 140 0
                                    

Damien berdiri tegak setelah mengutip pen Bella dan jalan menghampiri Bella tanpa ragu-ragu.

Bella yang perhati sedikit ternganga bila tengok Damien makin lama makin dekat sebelum berdiri di tepinya tak lama lepas tu. Pen Bella di sua ke depan muka gadis itu.

Damien nekad, dia tak nak main sorok-sorok lagi. Dia nak Bella bersama dengan dia. Bukan orang lain. Untuk itu dia kena korbankan kesetiaan dia pada Villius untuk realisasikan impian insan yang dia sayangkan sangat selama lima tahun ini.

"Apa awak buat dekat sini?Macam mana awak boleh tahu tempat ni?"tanya Bella masa dongak memandang dia.

"Macam la kau seorang je yang belajar dekat sini.."jawab Damien sewaktu merenung tepat ke mata Bella.

Bella buat muka menyampah dia.

"Apa kau buat dekat sini sensorang?Tak ada kelas ke?"Damien rapatkan jarak dia pada tembok batu tu.

Bella tutup buku catatannya dan menggulung earfon sebelum dimasukkan ke dalam poket kot vest dia.

"Bukan urusan awak untuk tahu..tepi lah"Bella gerakkan kaki untuk turun dari tembok tu tapi Damien terus memagari kanan dan kiri Bella dengan tangan tiba-tiba. Buatkan Bella duduk menghadap Damien dengan muka terkedu.

Tanpa rasa segan, Damien dekatkan muka dia ke depan muka Bella."Beritahu aku...kau serius ke nak bubarkan peraturan Villius dari akademi ni supaya semua student lelaki dalam akademi ni boleh bebas bercinta tanpa kekangan atau ancaman?"soalnya.

Bella merenung tepat ke matanya."Ha'ah." angguk Bella.

Okay kalau macam tu."Fine. Aku tolong kau..tapi dengan syarat."ujar Damien sambil mengangguk kepala kecil.

Bella tak beri reaksi. Dia hanya tenung muka orang di depannya dengan perasaan gugup dia gara-gara jarak dan kedudukan mereka itu.

"Syarat?Apa dia?"tanya Bella.

Dengan senyuman jahat di bibir Damien berbisik depan muka Bella sambil merenung tepat ke mata Bella.

"Jadi teman wanita aku. Dan aku janji aku akan ceritakan dekat kau semua perkara yang kau perlukan untuk jatuhkan Villius dan jugak peraturan dia tu..."cadangnya.

Kening Bella berkerut tak faham.

"Awak kan kawan baik dia...kenapa awak berpaling tadah dari dia?"tanya Bella.

Well...cinta tu kan buta. Kalau dah terdesak sangat, semua benda dah tak pandang. Apa yang ada dekat depan mata cuma satu je.

"Sebab aku ada kepentingan aku sendiri yang aku nakkan jugak. Peraturan dia hadkan aku. So?Macam mana?"tanya Damien sebelum menjilat bibir dan memandang bibir Bella saat menelan air liur.

"Kenapa saya?Bukan ke awak tak sukakan saya?"tanya Bella masa pandang bibir Damien.

"Bila masa aku cakap aku tak sukakan kau?"

Bella terdiam. Dia pandang terkejut ke Damien.Memang betul la, Damien tak pernah cakap pun.

"Tapi awak layan acuh tak acuh dengan saya, selalu cakap benda menyakitkan hati.."luah Bella bila teringat setiap kali bertemu mereka pasti akan berdesis antara sama lain seperti kucing.

Damien sengih meleret.

"Kau setuju tak?"soalnya semasa mendekatkan lagi jarak wajahnya ke wajah Bella. Tapi Bella asyik undur kan kepala ke belakang. Yang mana buatkan Damien geram dalam diam.

"Betul ni...awak akan beritahu saya dan tolong saya?"tanya Bella.

Damien mencengkam batu tembok tempat tangan dia bertapak dengan kuat. Menahan diri dari menerkam Bella dekat situ dan rampas udara dari gadis di depannya secukupnya.

"Aku janji."ucap Damien dengan perlahan.

Bella menggigit bahagian dalam pipi dia dan berkerut kening semasa membuat pertimbangan.

"Okay."setuju Bella.

"Good."hanya Tuhan saja yang tahu betapa leganya perasaan Damien waktu itu.

"Apa yang saya kena buat sekarang?"tanya Bella.

Damien jarakkan diri dia untuk tenangkan diri. "Firstly. Ganggu kententeraman dia."cadang Damien.

"Macam mana?"

"Kau kan bijak...cuba la fikirkannya sendiri." aju Damien sambil menyilang tangan ke dada. Bersama senyuman sinis dibibir,Damien memandang Bella lama-lama.

This gonna be interesting!

6. Miss Stalker Dan Misteri GuyWhere stories live. Discover now