Flashback 2

1.8K 138 1
                                    

Tahun ketiga Bella di akademi...

Sambil meluncur menggunakan skateboard menyusuri laluan pejalan kaki, Bella mengulum lolipop kegemaran di dalam mulut dan pada masa yang sama mendengar alunan lagu melalui headfon yang dipakainya.

Semeter sebelum hendak tiba di depan traffic light, Bella bertembung dengan seorang wanota yang bergelut dengan barang dapur yang dibeli sebelum beg kertas yang dibawa oleh wanita itu koyak dan isi dalam beg itu jatuh bersepah atas jalan.

Tanpa berlengah Bella cepat-cepat meluncur ke arah wanita itu. Dia lompat turun dari papan selajunya dan bercakung mendapatkan wanita tersebut.

"Hai...aunt. biar saya tolong."sapa Bella dan dalam masa yang sama membantu wanita malang itu mengutip barang.

"Ahh..ya terima kasih.."ucap wanita tu semasa meletakkan barang dalam pelukan dia.

Bella berdiri dekat situ cuba meneliti situasi. Barang di situ terlalu banyak semebtara tiada beg atau plastik yang boleh digunakan untuk isi semula barang-barang tersebut. Nak bawa guna tangan tak cukup.

Sekali tu mata dia terarah pada hoodie Aron yang dipakainya dan skateboard ditangan. Terus terukir senyuman di bibir dia. Tanpa berkata apa-apa Bella tanggalkan hoodie dia.

Hoodie itu diikat bahagian bawah lalu dijadikan beg segera untuk barang-barang dapur di situ. Bella letakkan barang-barang tu dekat dalam beg tu. Setelah penuh dia gunakan skateboard dia sebagai troli untuk bawa hoodie yang di penuhi barang tu.

"Buat susah kamu je. Aunt tunggu anak aunt sebenarnya. Tengah jalan tu boleh pulak tumpah."jelas wanita itu.

Bella tersenyum lepas dengar. Dia pegang lengan hoodie itu sebagai pemegang masa skateboard dia bergerak lurus sepanjang laluan pejalan kaki tu.

"Mana kereta aunt?"tanya Bella.

Wanita tu menjengah-jengah kepala mencari kelibat kereta dia.

"Ah..itu pun."tunjuknya ke sebuah kereta yang bergerak di tepi jalan menghampiri tempat mereka berdiri.

Bella ikut pandang ke arah itu. Dia perhati kereta tu dengan kening berkerut. Anak jenis apa la sampai sanggup biarkan orang tua mereka angkat barang sendirian macam ni.

Aron yang berlagak tu pun tahu nak angkat barang bila keluar sama dengan mama dan dia. Ini..haih. memang nak kena betul!

Kereta itu kemudiannya berhenti di tepi mereka berdua tak lama lepas tu. Sejurus kereta itu diparkir, pemandu kereta tu keluar dari kereta tersebut dengan muka cemas.

"Ibu!"panggil anak wanita itu.

Lah, mamat ni ke.

"Hei..apa kau buat dengan ibu aku hah?" sergah Damien tak semena masa pandang tak puas hati ke Bella.

Bella apa lagi, dia melawan lah. Bella mencekak pinggang sambil mendabik dada mencabar.

"Apa?Apa?Saya buat apa?Huh?Nampak saya buat apa-apa ke?Jangan nak menuduh eh." lawan Bella.

"Damien...jangan la macam tu. Dia cuma tolong ibu masa barang dapur ibu jatuh...mujur ada dia...kalau tak, tak tahu ibu nak buat macam mana tadi..."jelas ibu Damien.

Air muka Damien jatuh sebaik mendengarnya. Dia pandang terkejut ke Bella sebelum tunduk memandang lengan hoodie yang dipegang Bella sebelum turun ke skateboard dimana barang dapur memenuhi hoodie hitam itu.

"Hmm."Bella palingkan muka menyampah dia ke kanan kerana tidak suka.

"Kamu tengokkan apa...angkat la barang tu ke dalam kereta."gesa Ibu Damien.

Damien yang dengar kalut tunduk mencapai hoodie Bella yang menjadi beg barang dapur lalu dimasukkan ke dalam kereta.

"Mari lah aunt hantar kamu pulang sekali..."pelawa ibu Damien semasa memegang bahu Bella.

Bella pandang ibu Damien dengan senyuman manis di bibir. "Tak apa. Saya ada janji temu dengan kawan saya."tolak Bella sebelum menjeling tak puas hati ke Damien. "Lagipun ada orang tak suka saya dekat sini."

Damien yang baru menutup pintu tempat duduk belakang memandang Bella dengan kening berkerut.

"Bye.."lambai Bella sebelum naik ke papan selajunya dan meluncur pergi dari situ.

Ibu Damien melambai tangan ke arah Bella dengan senyuman di bibir. Dia kemudiannya berpaling ke Damien. "Ibu suka dia...kawan kamu ke?"

Mata Damien tersentak memandang ibu dia. Jantung dia yang tengah berdegup kencang waktu tu masih belum tenang lagi.

Sebenarnya Damien dah nampak dari jauh Bella tolong ibu dia. Tapi entah kenapa gelabah punya pasal, lain pulak yang keluar dari mulut dia. Serius niat dia nak ucapkan terima kasih, tapi bila dia pandang wajah comel Bella dengan lolipop dalam mulut buatkan sistem otak dia chaos!

"Kawan dengan dia elok-elok. Gadis macam dia susah nak jumpa."pesan Ibu Damien semasa gerak masuk ke dalam kereta meninggalkan Damien yang sedang terpinga-pinga.

6. Miss Stalker Dan Misteri GuyWhere stories live. Discover now