"Apa yang kamu cuba rancangkan kali ni Bella?"

1.6K 125 0
                                    

Lepas habis kelas tu Bella telah larikan diri. Tak makan tak apa terus dia ke situ. Dia tak boleh tunggu dan lengahkan lagi. Dia perlu lakukan sesuatu.

Amanda pandang bekal makanan mewah di mejanya dan juga orang yang berdiri dengan tangan bersilang di dada silih ganti. Berbolak balik untuk membuat keputusan lepas dengar permintaan budak comel di depannya tadi.

"Apa kamu kata?Kamu nak kakak intercept dokumen tu?"soal Amanda dengan kening berkerut.

Bella mengangguk kepala dengan yakin.

"Yupp..."

"Adakah mereka tahu tentang hal ni?"soal Amanda sewaktu mencapai fail yang terisi dengan surat pengesahan untuk aktiviti sukaneka musim panas nanti yang diserahkan Bella tadi.

"Of course la tak. Kalau dia orang tahu apa gunanya semua rancangan saya tadi."jawab Bella.

Amanda kemudiannya tunduk selak isi kandungan dokumen itu dengan kening berkerut. Semuanya kelihatan normal. Tak ada yang aneh. Ianya cuma senarai aktiviti yang bakal diadakan pada hari karnival sukaneka nanti.

Bella tunduk sondong ke depan meja lalu meletakkan tangan di tepi mulut lalu berbisik.

"Majlis Pelajar sendiri akan hantar dokumen ni untuk dapatkan pengesahan dekan. Lepas akak dapat dokumen tu, akak tukarkannya dengan saya punya. Pastikan dekan tandatangan kertas dalam fail saya bukan majlis pelajar punya. Lepas tu akak serahkan fail saya yang dah ditandatangani dekan pada ketua kelab sukaneka."

Amanda yang dengar pandang Bella dengan renungan curiga.

"Apa yang kamu cuba rancangkan kali ni Bella?"tanya Amanda sambil menarik fail itu dan juga bekal mewah tersebut pada masa yang sama.

Bella berdiri tegak lalu memeriksa kukunya dengan renungan tidak bersalah.

"Well..adalah...Just something...."ujarnya sambil meniup kuku jarinya untuk buang debu imaginasinya.

"Adakah ianya berbahaya?"Amanda pandang teragak-agak ke Bella. Yalah bukannya dia tak kenal perangai hantu Bella ni. Budak ni bukannya boleh diagak. Entah apa-apa pulak yang budak bertuah ni nak buat!

Bella membuat muka seperti terkejut seperti terasa dengan tuduhan Amanda. Terus dia letakkan tangan ke dada. Membuat muka overeaction dia.

"Of course not. Takkan la saya nak bahayakan nyawa orang lain."ujar Bella dengan dramatik. "Don't worry. Semuanya akan baik-baik saja. Apa yang saya buat hanya akan bantu akademi ni sahaja dan pelajar-pelajar dekat sini."Bella tepuk bahu Amanda dengan senyuman goofy dia.

Amanda mengetap garis nipis di bibir sebaik mendengarnya.

"Fine...kalau akak ditimpa masalah nama kamu akak taruhkan..."ugut Amanda.

"Jangan risau lah..."Bella lambai tangan seperti menghalau lalat ke depan mukanya. "Saya akan pastikan kita semua selamat..."

"Bekal ni bayaran kakak simpankan dokumen ni, selepas ni kamu kena berikan kakak bekal lagi setelah kakak berjaya intercept dokumen ni..." setuju Amanda dengan senyuman di bibir.

Bella mengangguk kepala lalu berdiri tegak mendabik dada sebelum memberi tabik hormat.

"Aip!Aip kapten!"

Amanda menggeleng kepala sambil tersenyum, dia pandang Bella dengan renungan tak terkata. Haih apa la dia nak buat dengan budak bertuah ni!

"Bella...Bella. apa nak jadi dengan kamu ni?"

Bella menarik sengih meleretnya dengan renungan penuh makna. Mata dia melirik ke fail yang terisi dokumen senarai aktiviti yang datangnya dari idea dia sendiri. Tiga hari tiga malam dia kerah otak untuk sediakan dokumen tu.

Dokumen itu bakal digunakan untuk disahkan oleh dekan, Villius sendiri takkan dapat buat apa-apa selepas itu. Dan Marissa yang terlalu angau tentang Villius akan terus lakukan seperti mana kertas kerja itu nyatakan yang Marissa sangka Villius yang sediakan. Tak ada sesiapa tahu yang dokumen Villius ditukar dengan dokumen yang Bella sediakan.

"Kalau macam tu Bella pergi dulu. Ada banyak benda yang Bella kena buat lepas ni."pamit Bella.

"Busy mengalahkan dekan sendiri nampak?" perli Amanda sewaktu membuka bekal makanan yang diberikan Bella. Serta merta aroma enak dan menyelerakan naik ke lubang hidung dia.

Bella pandang ke balik bahunya dengan senyuman sinis meleret di bibir. "You know me sis..."dia menyelak rambut panjang paras bahu dia ke belakang bahu dengan gedik.

Amanda yang nampak menjuling mata menyampah. "Drama queen...."selorohnya dengan perlahan.

Bella tarik pintu pejabat tu dengan senyuman penuh makna. Satu dah settle. Sekarang tugasan yang seterusnya. Dengan langkah yakin Bella melangkah keluar dari situ.

6. Miss Stalker Dan Misteri GuyWhere stories live. Discover now