Aku si penjual ikan

123 8 4
                                    

Allen pov

Kring kring!

Yes! loceng dah bunyi.

"stand up class! Thank you Mrs Smith" kata Johny dengan menjalankan tugas dia sebagai ketua. Kami semua turut ikut.

selesai sahaja Mrs Smith melangkah keluar dari kelas. Aku dan Alice terus bangun dan menghampiri meja budak baru.

"Hi Nicole! saya Allen" kataku lalu menghulurkan tangan. Dia memandang aku dengan muka blur.

tiba-tiba Alice menyiku aku.

"heyh, kau lupa ke? dia lembab" kata Alice dengan memandangku. Aku terus menepuk dahi.

"Dang it!! Aku lupa" kataku.

Aku terus merampas buku lukisan dia yang lusuh dan terus menulis.

"Hi! Aku Allen! Gembira da--" Aku menulis sambil membaca. Then, tiba-tiba aku tersedar. Aku membuang masa aku dengan melayan perempuan lembab ni. kenapa aku nak berkawan dengan dia. 

Aku tak nak ada kawan yang lembab macam dia ini. Buat malu aku je nanti.

PAAAP!!

Aku terus mencampak buku dan pen dia ke lantai.

"ish! buang masa je lah! bukannya penting pun nak kawan dengan orang lembab macam kau!" kataku dengan laju.

Alice terus tergelak apabila mendengar kata-kataku. Halley si palsu tu nampak marah.

"hey! boleh tak jangan kurang ajar" kata Halley.

"Urghh!diam lah fake!" balasku pada Halley. Dia terus terdiam. Aku dan Alice kembali ketawa.Nicole? dia buat muka blur sambil memandang kami bertiga. Then, dia menulis sesuatu lalu tunjuk kepada kami.

'Apa yang korang borak? nampak seronok'

itu apa yang ditulis oleh Nicole si lembab. memang dia lembab.

"Urgh! Aku perlu tulis semua benda hanya sebab nak cakap dengan kau? ishh! menyusahkan betul dapat kawan macam kau" kataku dan terus menapak pergi.

Aku tidak kisah kalau dia dengar atau tidak. Bukan masalah aku

End Allen pov

[✔️] Classmate Tak GunaWhere stories live. Discover now