ada pada dia

28 4 0
                                    

Nicole pov

Kring kring!

Loceng sekolah berdering menandakan waktu persekolahan tamat. Guru yang mengajar kami terus menghentikan pembelajaran dan memberi kami kerja sekolah. 

Setelah mengucapkan terima kasih, Aku terus mengemas barang ku dengan tergesa2. Semua barang aku sumbat sahaja di dalam beg sekolah lalu menggalasnya di belakang.

" Bye Halley ! jumpa esok" kataku lembut sambil Melambai Halley dan terus menapak keluar dari kelas. Aku mencari seseorang sebenarnya sebab itu aku tergesa2.

"itu pun dia" bisik ku di dalam hati apabila aku perasan susuk tubuh menapak keluar dari kelas sebelah. Aku terus berjalan menghampiri orang itu.

"Michael! Michael!" panggil ku berkali2 tetapi dia masih tidak menoleh ke belakang. Tidak dengar barangkali.

"MICHAEL!!" panggil ku dengan kuat. Terkeluar suara jantan aku.

aku lega apabila dia menoleh ke belakang tapi pelajar yang lain pun nama Michael juga ke? kenapa diaorang menoleh memandang ku dengan hairan.

Aku hanya menghiraukan je pelajar yang lain dengan meneruskan langkahku menghampiri Michael.

"bekas itu ada dekat kau kan?" tanyaku sambil memandang tepat mata  Michael. Muka dia blur.  Aku tahu dia tak faham.

"bekas yang dalam dia ada guli. Ada pada kau kan?" tanyaku sekali lagi. Akhirnya dia faham. dia terus mengangguk kepalanya.

"haah..kenapa?" kata Michael dengan nada lembut. Aku melepaskan nafas lega. Nasib baik tekaan aku betul.

"Dalam tu. Ada surat untuk kau. mana bekas itu?"

"Aku dah buang"





[✔️] Classmate Tak GunaWhere stories live. Discover now