jangan biarkan pisang berbuah dua kali

38 3 1
                                    

Nicole pov

Kami melihat  keadaan Johny teruk dipukul oleh seorang lelaki yang badan sedikit sasa. Aku rasa dia senior kami.

tiba2 aku berpeluh.Tiba2 aku teringat moment Shane dipukul dan ditendang.

aku memandang sekeliling. Semua orang bersorak kecuali rakan sekelasku. Memori Shane di buli turut menghantui mereka.

then tiba2

"Heyy!! Hentikannya"

Bukkk!!

Kami semua terkejut apabila lelaki sasa tadi terjatuh. Aku terus memandang orang yang menolak lelaki tadi.

"Arnold"bisik ku dalam hati. Aku perasan Danny turut memasuki bulatan yang dikeliling oleh pelajar2 yang menyaksikan kejadian buli ini berlaku.

Danny membantu Johny bangun dengan perlahan.

"kau okay tak?"

"aku okay"

"Kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan si lembik ni?" tanya lelaki yang berbadan sasa itu. Aku hanya diam. Sempat juga aku mengintai nametag dia.

"William" bisik ku dalam hati.

"kau tanya aku siapa? nama aku Arnold a.k.a budak paling rajin (pfftt) dalam kelas. Johny classmate aku so aku datang nak bantu dia. Aku tak boleh biar dia kena pukul . Sebab dia ketua kelas kami." terang Arnold panjang lebar. wow. im impressed.

William gelak terbahak2 apabila mendengar kata2 Arnold itu. Dia terus menepuk bahu Arnold dengan lembut.

"kau memang kawan yang baik. Tapi, kau dah kacau urusan aku" kata William lalu mencengkam bahu Arnold sekuar hati membuatkan Arnold mengaduh kesakitan.

PANGG!!

Satu tamparan tiba2 hinggap di pipi kanan William. Aku yang berdiri di situ mengelip mata beberapa kali kerana terkejut dengan tindakan berani kawanku itu. yup. kawanku Alice.

"Dont you dare touch my classmate!" kata Alice. Dia memandang William dengan pandangan yang tajam.

Semua orang yang melihat William di tampar oleh Alice tergelak. Siapa yang tidak ketawa kalau badan otot bertingkat2 tapi di tampar kuat oleh gadis comel kecil itu. Termasuk juga aku.

"kauuuuuuuuu!!!" William terus menolak Arnold dan berjalan menghampiri Alice. ah sudah! apa kau nak buat William. Alice berundur ke belakang.

William mengangkat tangannya dan hendak menampar Alice tapi tindakannya terhenti kerana seseorang merentap tangan William dengan kuat.

"hey! kau nak jadi lelaki daus ke? "

"Ha-Halley"bisikku dalam hati. ma-macam mana?bila masa? bila masa dia  ada kat situ.

"lepaskan aku"

"buat apa? kau nak pukul kawan2 aku! dah lah buat memekak pagi2. Aku nak tidur pun tak dapat"

"Kau ni kaannn!!" William geram. Dia seperti hendak menampar Halley tapi dia teragak2.

"oh! Nak tampar aku pula? tampar lah. tampar.  kalau kau nak kena belasah dengan 19 orang junior kau. Silakan" kata Halley dengan mencabar2 keberanian William. Dia siap menunjukkan pipinya lagi.

William memandang sekeliling. Jelas di wajahnya yang dia berasa cuak apabila melihat beberapa orang pelajar menapak masuk ke dalam bulatan  yang di keliling oleh pelajar yang lain.

Aku juga turut menapak masuk.

"kau pernah dengar pasal classmate tak guna? kelas yang ada kes pelajar bunuh diri baru2 ni? kami lah yang digelar classmate tak guna tu. for your information. pelajar  yg bunuh diri tu rakan sekelas kami. nama Dia Shane. reason dia bunuh diri? sbb kami tak sedikit pun ambil peduli tentang dia. Kami ingat pukul2 macam ni gurauan dengan kelas lain. Rupannya kami silap. Kami tersalah pandang. terukkan kitaorang?so, kami tak nak pisang berbuah dua kali. you know what i mean right?"

[✔️] Classmate Tak GunaWhere stories live. Discover now