kebenaran dalam kedukaan

65 4 5
                                    

flashback

no one pov

Sewaktu rehat, Shane dan Nicole berjalan dari kantin menuju ke kelas. Di tangan Shane terdapat satu cawan yang dibelinya di kantin tadi.Pelbagai perkara yang dibualkan oleh mereka berdua ketika menuju ke kelas.

"dan diaaa pun berpusing dan--"

PAAKK TAPP!!

cawan yang dipegang oleh Shane terkena diatas baju seorang pelajar lelaki. Gelak ketawa Shane dan Nicole mati secara tiba2 apabila melihat tuan punya badan yang kena itu. Mereka ketika itu berdiri betul2 dihadapan kelas mereka.

"Michael" bisik Shane dalam hati. pelajar kelas sebelah yang selalu buli Shane. Shane terundur ke belakang.

"Heyy!kau jalan mata letak kat lutut ke hah?!" tanya Michael sambil menarik kolar baju Shane. Nicole berdiri di situ seperti tunggul.

"ma-maaf kan aku Michael"kata Shane sambil memegang kolar bajunya minta di lepaskan. Michael tersenyum sinis.

PAAAAKKK!!

Michael terus menolak Shane ke lokar dengan begitu kuat sekali.

"ARGH" ngaduh Shane apabila belakangnya terasa sakit akibat hentakan yang terlalu kuat itu.  Shane sempat memandang Nicole.

"tolong aku " bisik Shane dalam hati. Tapi Nicole tidak berbuat apa2. Hanya menjadi tukang memerhati sahaja.

akibat bunyi hentakan yang terlalu kuat itu telah membuatkan classmate Shane dan Nicole keluar dari kelas untuk lihat apa yang berlaku.

"Ah Shane lah"

"benda biasa je"

"tak penting pun"

"Shane kena buli je"

itu lah yang dikatakan oleh classmate Shane apabila melihat apa yang telah berlaku. Mereka kembali menapak masuk ke dalam kelas seperti tiada apa yang berlaku.

DUSH!!

DUSHH!!

BUKK!!

PAAKK!!

TUUNNG!!

kepala Shane dipijak oleh Michael.  Nicole pula masih lagi berdiri di tempatnya sambil melihat apa yang sedang dilakukan oleh Michael.

"Michael! cikguu on the way!!" jerit satu suara yang membuatkan Michael  terus berhenti dari meneruskan perbuatannya. Dia terus berlari masuk ke dalam kelas begitu juga Nicole.

Shane pula dibiarkan terbaring di hallway. Shane  tergelak kecil apabila melihat Nicole meninggalkan dia terbaring di lantai. Tidak langsung menghulurkan tangan.  Hatinya terasa sangat sakit bila kawan baiknya langsung tidak menghulurkan sebarang bantuan.

"kawan baik konon"

~♥~

kring kring

loceng sekolah berdering menandakan tamat waktu pembelajaran. Pelajar dibenarkan pulang atau stay untuk melakukan aktiviti kokurikulum.

Nicole tergesa2 mengemas barang2nya dan terus menapak keluar dari kelas tanpa menunggu Shane. Shane hairan kerana selalunya Nicole akan menunggunya.

Shane terus memakai beg sekolahnya dan mengejar Nicole.

"Ni-Nicole!"

"Ni-Nicole!!"

"NI-NICOLEEE!!"

langkah Nicole terus berhenti betul2 di hadapan padang sekolah. Langkah Shane juga turut berhenti.

"he-hey kenapa kau laju sangat ni?" kata Shane dengan gagapnya. Nicole menoleh ke belakang. Dia mengigit bibir bawahnya kerana gementar.

"aku ada kelas tambahan"kata Nicole sambil senyum. Shane menunduk kepalanya dan ketawa kecil.

"ka-kau sayang aku tak?" tanya Shane secara tiba2. Nicole yang mendengar apa yang ditanya oleh Shane terus senyum.

"ofc lah Sayang! kau kan kawan ba--"

"ha-habistu ke-kenapa kau tak tolong a-aku tadi?"tanya Shane sambil memandang Nicole dengan pandangan tajam. Senyuman Nicole terus hilang apabila mendengar apa yang ditanya oleh Shane secara tiba2 menjadikannya tidak tentu arah. dia gelisah.

"aku cuma tak nak masuk campur urusan kau dengan Michael je" kata Nicole lembut. Alasan paling bodoh dari budak pandai yang pernah didengar oleh Shane.

"tch! su-such a liar!ca-cakap lah yang kau takut!! ka-kau pengecut!" jerit Shane dengan  matanya mula berair. hatinya mula terasa semakin sakit apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Nicole itu.

Nicole terkejut.

"ka-kau dengan rakan kelas kita sama je! pengecut!ke-kenapa korang bo-bodoh sangat hah! "kata Shane dengan serak basah. Air mata Shane terus mengalir membasahi pipi.

Shane sudah tidak tahan lagi cara layanan classmatenya terhadapanya.Nicole terkejut apabila melihat Shane menangis .

"jangan nak salah kan kitaorang lah Shane, kau tu cermin diri tu sebelum kau kata kitaorang macam tu. Michael buli kau sebab kau lembab and gagap! Sedar diri sikit please!" Marah Nicole apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Shane. Shane mengenggam penumbuknya.  Kalau diikutkan dia mahu beri sebiji penumbuk pada Nicole. tapi dia sayang sangat pada Nicole.

"ga-gagap bukan penghalang aku untuk teruskan hidup!Ka-kalau kau nak tahu aku harap kau pun rasa macam mana aku rasa!"

"whatever!"

and itu lah kali terakhir mereka berbual.

endflashback

[✔️] Classmate Tak GunaWhere stories live. Discover now