Suasana hening pagi menghambakan diri setiap manusia untuk terus sujud dengan tidur hasil ciptaannya. Namun, tidak semudah itu kerana godaan itu ditepis oleh seorang gadis. Ya, hanya seorang gadis belasan tahun. Itulah Zinnirah.
Setiap paginya sibuk dalam menguruskan kerja yang pada logik akal tidak sesuai untuknya. Tugas seorang gadis sepertinya adalah belajar. Namun,itu Zinnirah. Seorang pemudi berjiwa kental bakal mengharungi gelora ujian yang dirinya sendiri tidak ketahui.
Seusai membersihkan diri, kakinya pantas menuju je dapur untuk menyediakan makanan buat keluarganya. Bubur nasi buat si ayah manakala nasi goreng buat abangnya. Ibunya sudah lama meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya bersama ayahnya. Kesan kemalangan itulah menyebabkan ayahnya terlantar di atas tilam kerana lumpuh seluruh badan.
Abangnya , sebaris nama seorang pejuang Islam dihadiahkan buat dirinya iaitu Hanzalah. Hanzalah merupakan seorang pelajar cemerlang dan bakal menduduki SPM tahun ini.
Setelah semuanya siap, Zinnirah menghidangkan nasi goreng itu di atas tikar mengkuang lusuh. Pasti selepas ini abangnya akan datang untuk mengalas perut. Zinnirah menuju je ruang tamu bersama semangkuk bubur. Ayahnya sudah lama bangun daripada tidur. Zinnirah membantu ayahnya dengan menyuap bubur nasi ke mulut ayahnya. Setiap kali ayahnya cuba menelan bubur itu setitis air mata Zinnirah tumpah. Sedih, pilu dan hiba melihat derita yang dikendong di bahu ayahnya.
“Ayah, semoga ayah cepat sembuh. Irah rindukan senyuman ayah,” air mata Zinnirah tumpah sekali lagi bersama hurungan pilu di hati.
“Irah, Han nak cakap satu perkara dengan Irah,” kata Hanzalah yang muncul secara tiba-tiba di ruang tamu.
“Sekejap,” kata Zinnirah lalu meletakkan bubur nasi itu di sebelah ayahnya.
“Ada apa?”
“Irah dah dapat gaji ke bulan ni?”
“Belum,”kedengaran keluhan kecil dihujung bicaranya.
“Cikgu dah bising. Dia minta yuran SPM minggu ini juga. susahlah Irah sebab duit biasiswa Han dah tak boleh dikeluarkan untuk bulan ni. Minggu lepaskan Han dah keluarkan untuk beli buku rujukan.”
“Maiyya ada datang bagi duit tak dekat Han bulan ni?”
“Dah, kan Irah guna beli duit untuk ubat dan rawatan ayah,” kata Han.
Minggu lepas sepupu merangkap kekasih hatinya ada menghulurkan wang bulanan yang dikirim oleh pak longnya. Ya, tidak salahkan Hanzalah meminati sepupu sendiri. Namun, wang itu sudah habis kerana membayar wang rawatan ayahnya.
Sewaktu Sumaiyyah datang pasti hanya mahu bertemu Hanzalah sahaja.Jika Hanzalah tidak ada Sumaiyyah sanggup menunggu sehingga Hanzalah pulang dari tuisyen. Kadang-kadang Zinnirah agak berkecil hati dengan Sumaiyyah. Yalah mereka tidak serapat dahulu. Apabila Sumaiyyah menghulurkan wang pada Hanzalah, Zinnirah hanya melihat sahaja. Bukan dia mahu mengharap Sumaiyyah memberi wang kepadanya kerana dia tahu Hanzalah lagi memerlukan wang tersebut. Zinnirah tidak kisah kerana dia sudah bekerja.
Sumaiyyah sangat baik hati. Dia selalu juga datang menjenguk ayah mereka. Sumaiyyah bersikap liar di Kuala Lumpur namun jika datang ke kampung pemakaiannya sangat terjaga dan menutup aurat cuma dia tidak bertudung. Hanzalah tidak suka jika Sumaiyyah datang melawat dia dengan memakai pakaian yang tidak cukup kain.
Tidak lupa juga mereka ada lagi seorang sepupu bernama Ikrimah merangkap abang kandung kepada Sumaiyyah. Sekarang lelaki itu sedang menyambung pelajaran di Arab Saudi. Zinnirah pun sudah lama tidak bersua muka dengan Ikrimah kerana pada usia Ikrimah 18 tahun dia sudah pun pergi ke luar negara sewaktu umur Zinnirah 12 tahun. Sekarang dia sudah berusia 15 tahun.
YOU ARE READING
ZINNIRAH
SpiritualCerita ini bukan kisah sejarah srikandi syurga iaitu Zinnirah...cuma seorang gadis biasa yang bernama Zinnirah yang diuji hebat hampir setaraf dengan dugaan yang menimpa Zinnirah... Seorang gadis yang masih muda sehingga dewasa diuji begitu hebat. N...