Surat dari doktor tadi Zinnirah lipat lalu dimasukkan kedalam handbagnya. Betulkah keputusan yang dia ambil.
"Puan mengandung sudah 2 bulan. Tapi puan mengalami masalah yang kritikal saat ini. Puan perlu gugurkan kandungan ini untuk keselamatan puan dan bayi. Kami tak jamin kamu berdua akan selamat kalau bersalin nanti."
Aduh, fikiran Zinnirah buntu saat ini. Kalau dia tak ikut nasihat doktor memang nyawanya akan melayang dan bagaimana dengan keluarganya. Ain masih kecil untuk tiada ibu. Tapi Ikrimah masih lagikah mahukan dia sebagai isteri.
Lagipun dia perlu makan ubat untuk hilangkan penyakit ini. Jika dia makan ubat pasti kesan ubat itu akan terkena pada anaknya. Anaknya mungkin cacat setelah dilahirkan.
Maafkan mama sayang. Ini bukan untuk kepentingan mama tapi untuk semua orang. Mama tak mahu anak mama derita jika hidup nanti.
Dia nekad!Panggg!!!
Satu tamparan hinggap di pipi Zinnirah. Ikrimah sangat marah saat itu. Namun semuanya sudah terlambat. Ianya sudah berlaku dengan pantas. Zinnirah jatuh terjelopok dihadapan Ikrimah. Zinnirah menekan bahagian bawah perutnya. Perit saat itu tidak tergambar. Kesan sakit dia menggugurkan kandungan tadi masih terasa walaupun hampir 2 jam sudah berlalu.
"Kau ni memang dah hilang akal ke? Kau bencikan aku sangat ke Irah sampai kau sanggup gugurkan anak sendiri. Kau tak ada iman ke hah. Kau ni memang tak ada hati perut tahu tak."
Zinnirah usap pipinya yang pijar itu. Sakit dibahagian bawah perutnya belum habis ini pula dia makan satu lagi habuan sakit dari Ikrimah.
"Irah terpaksa abang. Ini atas nasihat doktor. Anak kita tak akan sihat macam orang lain kalau dilahirkan nanti.""Irah....kalau anak tu cacat sekalipun apa salahnya kalau dia lahir. Kau ni memang pentingkan diri sendiri tahu tak. Kau tak boleh terima hakikat ke anak tu nanti cacat."
"Bukan abang. Abang tak akan faham. Risikonya sangat tinggi kalau Irah lahirkan anak kedua kita. Abang tolonglah faham pengorbanan Irah ni..."
"Kau diam. Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut kau. Aku nak kau jauhkan diri kau dari Ain. Kalau Ain berada dekat dengan kau silap-silap Ain pun kau bunuh," kata Ikrimah lalu bergegas naik ke tingkat atas.
Tinggallah Zinnirah seorang diri terpisat-pisat. Dia cuba bangun semula selepas jatuh ditampar Ikrimah tadi. Sakit di ari-arinya sangat perit. Di kainnya pun melekap cecair merah. Sudahlah di hospital tadi banyak darah yang keluar sekarang lagi banyak yang keluar.
Ya Allah berdosakah aku gugurkan anak aku dalam keadaan aku yang darurat. Aku kasihankan anak itu nanti bukan untuk kepentingan aku sahaja. Zinnirah kesat air matanya. Semoga Allah mengampuni dosanya kerana Allah sahaja yang tahu niatnya.Beberapa bulan kemudian...
"Abang...izinkan Irah bercakap dengan abang. Sebentar sahaja."
Ikrimah buat bodoh sahaja. Tangannya lincah menyemak buku latihan pelajarnya. Bukan senang mahu menyemak kerana sukatan pelajaran bukan sama macam sukatan pelajaran di Malaysia."Irah nak minta maaf pada abang. Ampunkan kesalahan Irah. Irah bukan nak menyakiti hati semua orang tapi Irah buat bersebab," kata Zinnirah penuh sebak.
"Sebelum abang tahu segalanya. Boleh tak abang tunaikan permintaan Irah buat kali terakhir."Ikrimah masih diam membisu.
Zinnirah teruskan percakapannya.
"Zinnirah nak minta izin nak jaga Ain. Sehari sahaja abang tak lebih dari tu. Irah rindu anak Irah. Yang kedua, Irah nak tidur sekatil dengan abang semula. Irah rindu nak peluk abang macam dulu. Yang ketiga, Irah nak abang luangkan masa dengan Irah untuk sehari saja. Yang keempat, Irah nak abang cium Irah macam dulu. Yang kelima, Irah nak abang belikan jubah putih dan selendang putih untuk Irah sempena hari raya tahun ni. Bolehkan?"
Ikrimah letak pen di tepi buku. Wajah Zinnirah dia tenung penuh tajam. Dia masih menyusun ayat untuk berbicara dengan Zinnirah.
"Baik aku akan tunaikan semua permintaan kau tapi kau janji akan bagitahu aku kenapa kau gugurkan kandungan kau. Itu sahaja. Lepastu jauhkan diri kau dari aku dan Ain. Kita kembali pada normal bila kau dah dapat apa yang kau nak. Pegang pada prinsip aku dengan cara aku dan kau dengan cara kau," kata Ikrimah lalu berua-ura mahu beredar dari situ.
"Abang...Irah nak tuntut permintaan Irah yang keempat. Boleh."
Ikrimah hembus nafas lelah. Dia perlu tunai demi ingin tahu apa yang Irah rahsiakan.Terus satu ciuman hinggap di dahi Zinnirah. Waktu itu Ikrimah rasa lain macam. Jantungnya berdegup kencang.
"Dah. Aku nak masuk tidur. Esok kau boleh jaga Ain. Ada apa-apa lagi yang kau nak?"
"Tidur dengan abang."
Raut wajah Ikrimah macam asam kecut. Sudah 2 bulan mereka tidur berasingan dan sekarang mereka akan tidur sekatil semula. Rileks Ikrimah dia isteri kau.
"Jom. Cepat sikit. Aku dah mengantuk ni."
Ikrimah baring diatas katil. Dia hanya melihat Zinnirah berbaring di sebelahnya. Saat itu dia rasa janggal. Zinnirah kalih tubuh ke sebelah kanan untuk menatap wajah Ikrimah. Ikrimah lagi jadi tak keruan.
"Irah rasa seronok dapat tidur sekatil dengan abang semula. Abang seronok tak," kata Zinnirah walau dia tahu yang Ikrimah tak akan menjawab.
"Tidurlah Irah. Hari dah malam," kata Ikrimah lalu memejamkan matanya selepas membaca doa tidur.
Mata Ikrimah terbuntang luas selepas rasa ada tangan yang melingkar dipinggangnya. Dia mahu menepis tangan itu namun dia mendengar dengkuran halus daripada Zinnirah. Apa boleh dibuat selain biarkan sahaja. Ikrimah hanya mampu meletakkan tapak tangannya diatas lengan Zinnirah yang melingkar di pinggangnya. Perlahan-lahan Ikrimah lelapkan matanya sambil tangannya tidak berganjak dari memegang tangan Zinnirah.
YOU ARE READING
ZINNIRAH
SpiritualCerita ini bukan kisah sejarah srikandi syurga iaitu Zinnirah...cuma seorang gadis biasa yang bernama Zinnirah yang diuji hebat hampir setaraf dengan dugaan yang menimpa Zinnirah... Seorang gadis yang masih muda sehingga dewasa diuji begitu hebat. N...